SYRIA : NEEDS YOU NOW
October 1, 2019WINTER AID FOR SYRIA
November 20, 2019Alhamdulillah, 10 Nov 2019, MCG bersama pelajar-pelajar Pengajian Islam MSU telah berjaya menjalankan sebuah program yang bertemakan “We Care, We Love”. Berkonsepkan aktiviti pendidikan bersama anak-anak Rohingya di Madrasah Rahmaniyah Klang. Pelbagai aktiviti menarik bersama anak-anak Rohingya telah dijalankan pada hari tersebut.
Untuk makluman para penyumbang, MCG bersama pelajar MSU telah menyerahkan sumbangan food pack, dana operasi madrasah, sumbangan anak yatim, pakaian terpakai dan jamuan makan. Alhamdulillah terpancar kegembiraan yang dapat dikongsi bersama hasil daripada sumbangan dan sokongan sahabat-sahabat penyumbang, aktivis MCG dan pelajar MSU.
Sedikit maklumat tambahan, anak-anak Rohingya ini pada kebiasaannya akan ke sekolah harian swasta pada sebelah pagi dan di sebelah petang pula mereka akan menyambung pengajian Quran di madrasah tersebut. Ada dalam kalangan mereka yang telah berjaya menghafaz 30 juzuk.
Besar harapan kami dan pihak madrasah sendiri untuk melihat anak-anak ini terus membesar dengan baik seperti anak-anak lain seterusnya menjadi insan yang bermanfaat pada agama dan ummah.Kempen kutipan dana untuk saudara-saudara Rohingya di dalam dan luar negara tidak akan berakhir di sini. Insha’Allah, kami teruskan dari semasa ke semasa selagi mana krisis mereka tidak berakhir.
MCG turut melancarkan kempen Education4Ummah bagi membantu anak-anak yang ditimpa kesusahan mendapatkan pendidikan yang sebaiknya supaya mereka dapat menjadi insan yang bermanfaat pada masa depan kelak. Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang bagi menjayakan kempen ini boleh menyalurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun MCG ataupun boleh menghubungi Setiausaha Agung pada nombor yang tertera dibawah.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua penderma atas sokongan dan sumbangan. Nadi gerak kerja MCG adalah sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua disamping bantuan dari Allah swt. Ucapan terima kasih dan tahniah juga buat pelajar-pelajar Pengajian Islam MSU yg sudi bekerjasama bersama MCG untuk menyantuni Komuniti Rohingya yg memerlukan.
MCG juga amat mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak sama ada universiti, jabatan-jabatan atau syarikat-syarikat untuk bersama-sama menjalankan aktiviti kebajikan seperti ini. Moga keikhlasan dan kemurahan hati para penderma semua akan dibalas dengan ganjaran yang lumayan oleh Allah swt di dunia dan di Akhirat.
Aamiin Ya Rabbal’Alamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Muslim Care Global).
012-6935938.