WINTER AID FOR SYRIA
November 20, 2019100 KELUARGA ASNAF MENDAPAT MANFAAT
December 25, 2019Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.” Hadis Riwayat : Bukhari & Muslim
Madrasah Tahfizul Quranul Karim Darul Aman Yarang, Pattani, Thailand, sebuah madrasah yang telah dibangunkan sejak 30 tahun yang lalu namun keadaan madrasah masih serba kekurangan. Walaupun begitu, para pelajar madrasah ini banyak menjalankan aktiviti bersama masyarakat dengan membantu urusan pengkebumian jenazah, melaksanakan majlis keramaian dan banyak lagi.
Walaupun serba kekurangan, ada di antara pelajar lepasan madrasah ini yang berjaya menyambung pengajian mereka ke Pakistan, Malaysia dan Mesir. Antara kitab-kitab yang dipelajari disamping menghafaz Al-Quran ialah Kitab Munyatul Musolli, Penawar Bagi Hati dan Tuntutan Ibadah.
Pihak Maahad Tahfiz memerlukan Van baru untuk pengangkutan pelajar-pelajar tersebut. Van terseut akan dimanfaatkan untuk kegunaan pihak maahad tahfiz yang aktif menghadiri program-program kemasyarakatan seperti majlis-majlis keraian serta kebesaran Islam dan juga melakukan khidmat masyarakat seperti pengurusan jenazah untuk penduduk kampung sekitar kawasan mereka. Mereka juga sedang menyiapkan masjid untuk kegunaan masyarakat sekitar kawasan Maahad Tahfiz.
Pentadbiran Maahad Tahfiz menguruskan sepenuhnya usaha-usaha untuk membangun serta mengurus operasi Maahad Tahfiz. Pihak Maahad Tahfiz tidak membenarkan pelajar-pelajar mereka meminta sedekah bagi memastikan semua pelajar yang merupakan anak yatim dan fakir miskin terjaga dengan sempurna.
MCG masih lagi membuka ruang untuk sahabat-sahabat atau para dermawan menyalurkan sumbangan untuk WAKAF VAN MADRASAH mensasarkan sumbangan sebanyak RM 15,000. Mohon sahabat-sahabat kongsikan info Ini seluas mungkin agar dapat membantu serta mendapat sokongan dan sumbangan yang sangat meluas.