KASIH RAMADHAN 1441H
March 17, 2020BANTUAN KECEMASAN : COVID-19
April 17, 2020Penularan wabak COVID-19 yg melanda dunia kini ditahap amat membimbangkan. Kebimbangan ini semakin bertambah-tambah apabila penularan wabak ini semakin meningkat dari hari ke hari Malaysia. Kesan daripada penularan wabak COVID-19 menyebabkan kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lebih proaktif iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa dari 18 hingga 31 Mac 2020. Namun peningkatan kes COVID-19 yang semakin meningkat dan jumlah kematian turut meningkat dari hari ke hari telah melanjutkan lagi tempoh PKP ini sehingg 14 April 2020.
Rentetan daripada tindakan tersebut ianya sedikit sebanyak telah memberi kesan terutama kepada petugas-petugas di barisan hadapan (frontliner) di seluruh hospital serta beberapa agensi-agensi keselamatan, perkhidmatan makanan, dan beberapa agensi yang terlibat perkhidmatan perlu di dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam awasan Tempatan Jangkitan) 2020. Golongan asnaf juga terbabit dalam hal ini kerana tidak mempunyai keperluan asas sejak COVID-19 berlaku.
MCG juga mendapat aduan dari golongan Rakan-Rakan Jalanan bahawa mereka mereka terputus bekalan makanan sejak wabak ini di mana sumbangan makanan yang kebiasaannya mereka terima daripada penyumbang terhenti. MCG mengambil inisiatif melancarkan Tabung COVID-19 ini bagi meringankan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa dan keluarga yang terlibat serta membantu golongan asnaf yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ianya juga sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan yg bakal berlaku kepada mereka.
Penularan wabak ini juga telah mengakibatkan berlaku di Palestine. Rakyat di Palestine juga terlibat sama dengan penularan wabak ini. Mereke juga kini giat melakukan operasi pembersihan untuk membasmi virus COVID-19 di Gaza secara sukarela. Mereka juga merayu sumbangan dana dari kita untuk membantu menjayakan operasi pembersihan dan pembasmian wabak ini di beberapa penempatan yang tergolong di kalangan Asnaf dan keluarga Syuhadah.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua penderma atas segala sokongan dan sumbangan dalam membantu ummah. Sama-sama kita berdoa semoga Allah swt melindungi kita semua dari diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi. Semoga Allah swt sentiasa merahmati dan menganugerahkan ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang diuji ini serta sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat. Semoga Allah swt melindungi kita semua dari ujian yang tidak mampu kita hadapi.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung MCG
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938
KAEDAH SUMBANGAN
1. Perbankan Internet :
Penama : PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
No. Akaun Maybank : 5624-7816-8967
No. Akaun RHB BANK : 2-12523-6001152-6
- Anda mesti memasukkan emel muslimcareglobal@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
- Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran ke nombor yang diberikan jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
- Maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
2.Perbankan Dalam Talian (Billplz) :
*Caj Pengendalian : RM 1.50