TABUNG COVID-19
March 23, 2020MY HOME, MY HEAVEN
April 27, 2020Semoga anda diberkati Allah taala kerana sudi untuk singgah di website ini. Sudah tentu anda sudah mempunyai niat untuk menyumbang. Sudah alang-alang anda masuk ke website ini. Kalau boleh, anda tidak keluar website ini melainkan anda ada menyumbang walaupun serendah RM 10 sahaja. Inilah sebenarnya punca yang membolehkan rezeki kita melimpah ruah.
Allah tidak lihat berapa banyak yang kita menyumbang, tetapi Allah melihat kepada hati yang menyumbang. Tetapi, alangkah indahnya, sumbangan kita yang mungkin lebih sedikit dari orang lain membuatkan kita boleh memberi manfaat kepada lebih ramai lagi manusia yang lebih memerlukan di luar sana.Yang berikut adalah beberapa gambar yang kami sendiri telah menyalurkan sumbangan – sumbangan kepada semua yang sangat memerlukan.
Tidak kira bangsa ataupun kaum, MCG akan bantu dan buat masa sekarang, kami juga ada menyalurkan sumbangan kepada frontliners serta asnaf yang terjejas pendapatan mereka akibat daripada COVID-19. Jom bersama-sama dengan kami untuk membantu dengan cara memberi sumbangan seberapa banyak sahaja yang anda mampu. Jumlah PPE untuk frontliners semakin lama semakin berkurangan dan memang akan habis dalam sedikit masa sahaja lagi.
Jom menyumbang serendah RM 10 sahaja anda boleh menyumbang atau jika anda mampu anda boleh menyumbang sehingga RM1,000 atau jumlah di antara keduanya itu.
Terpulang, tiada paksaan.
Semoga Allah menggandakan pahala kepada para dermawan serta penyumbang dan juga didoakan supaya rezeki anda tidak putus – putus serta dilipat gandakan lagi. Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
SUMBANGAN ANDA SANGAT DIPERLUKAN !
1. Personal Protective Equipment (PPE) peralatan hospital untuk petugas barisan hadapan negara. (RM 100 / 1 set)
2. Foodpack untuk asnaf fakir miskin, pelajar, muallaf dan orang asli. (RM 50 / 1 pack)
3. Sumbangan umum Tabung Kecemasan Covid 19 (RM 10/ RM 20/ RM 30)
Perbankan Internet :
Penama : PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
No. Akaun Maybank : 5624-7816-8967
No. Akaun RHB BANK : 2-12523-6001152-6
- Anda mesti memasukkan emel muslimcareglobal@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
- Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran ke nombor yang diberikan jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
- Maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
Perbankan Dalam Talian – Billplz : “RECOMMENDED”
*Caj Pengendalian : RM 1.50