MISI BANTUAN MUSIM SEJUK UNTUK UMMAH
January 1, 2021TRAGEDI PESAWAT SRIWIJAYA AIR SJ182 INDONESIA
January 12, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Banjir melanda negara kita lagi. Seperti yang kita semua sedia maklum, bencana banjir telah melanda di beberapa buah negeri di Malaysia terutama di Pahang, Terengganu dan Johor. Beberapa lokasi ditelah dan ditenggelami air.
Memandangkan musim tengkujuh telah melanda negara kita, kami NGO MCG mengambil inisiatif melancarkan Kempen Kutipan Dana Tabung Bantuan Bencana Malaysia bagi membantu meringankan kesusahan yang dihadapi oleh mangsa dan keluarga yang terlibat dengan bencana banjir dan seumpamanya.
Dana ini akan dikumpul dan diagihkan kepada mereka yang terjejas mengikut keutamaan serta jumlah mangsa yang terlibat. Pihak kami MCG dengan kerjasama beberapa entiti kerajaan dan NGO, sedang memantau dari semasa ke semasa perkembangan terbaru keadaan di lokasi-lokasi yang terlibat dengan bencana.
Disamping itu, kempen tabung ini juga bertujuan untuk membantu saudara-saudara kita yang terkesan akibat bencana Covid-19 yang masih mengancam penduduk dunia ini.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar RA menceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Seorang Muslim adalah saudara terhadap Muslim (yang lain), dia tidak boleh menganiaya dan tidak akan dianiaya oleh orang lain. Sesiapa yang melaksanakan hajat saudaranya, maka Allah SWT akan melaksanakan hajatnya. Sesiapa yang melapangkan kesusahan seseorang Muslim, maka Allah SWT akan melapangkan kesukarannya pada hari kiamat. Sesiapa yang menutupi aib seseorang Muslim, maka Allah SWT akan menutup aibnya pada hari kiamat.”
(Hadith riwayat al-Bukhari, No.2442, 6901, Muslim, No.2580)
Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua penderma atas segala sokongan dan sumbangan dalam membantu kami membantu ummah.
Sama-sama kita berdoa moga Allah swt melindungi kita semua dari diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi dan ujian yang boleh menjejaskan keimanan umat Islam.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan menganugerahkan ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang diuji ini.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di akhirat.
Allahumma Aamiin.