WAKAF FOR UMMAH
March 5, 2021SELAMAT HARI POLIS KE-214
March 25, 20218hb. Mac, setiap tahun telah diisytiharkan sebagai Hari Wanita Sedunia. Pengisytiharan ini adalah bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara dalam pelbagai bidang.
Tema tahun ini “Wanita Bangkit Mendepani Cabaran” melakarkan bahawa wanita adalah penyumbang kepada kemajuan negara, pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat penyayang.
Di antara rahmat yang didatangkan melalui syariat yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW ialah mengangkat darjat dan martabat wanita kepada satu kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Islam.
Sabda Rasullulah SAW yang bermaksud :
“Wanita itu adalah pemimpin dalam rumahtangganya dan bertanggungjawab tentang kepimpinannya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Oleh itu, kami MCG akan sentiasa bersama-sama menyokong sebarang usaha semua pihak baik di dalam Malaysia mahupun di peringkat Global untuk meletakkan kaum wanita di tempat yang selayaknya sepertimana yang dituntut oleh Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Pengerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia buat semua kaum wanita. Ucapan ini adalah sebagai tanda penghargaan kami terutama golongan muslimah yang banyak memainkan peranan dalam membantu membangunkan ummah.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan memimpin kaum wanita yang bergelar muslimah ke arah kejayaan yang hakiki di dunia dan di Akhirat disamping menganugerahkan kesejahteraan yang sejahtera kepada kaum wanita non muslim.
Allahumma Aamiin.