SELAMAT HARI WANITA
March 8, 2021SELAMAT HARI DOKTOR SEDUNIA
March 30, 2021Sempena Memperingati Hari Polis pada 25hb Mac, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Polis Ke 214 tahun kepada seluruh Anggota Polis DiRaja Malaysia.
Tema yang dikekalkan seperti tahun lalu ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’ menunjukkan bahawa pentingnya peranan anggota polis dalam mengekalkan ketenteraman awam, keharmonian, keselamatan dan keamanan negara.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan persiapkanlah dengan segala kemampuan untuk menghadapi mereka dengan kekuatan yang kamu miliki dan dari pasukan berkuda yang dapat menggentarkan musuh Allah, musuhmu dan orang-orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; tetapi Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu infakkan di jalan Allah niscaya akan dibalas dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dizalimi (dirugikan).”
(Surah al-Anfal, Ayat 60)
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua warga PDRM di atas segala pengorbanan menjalankan tugas sebagai barisan hadapan lebih-lebih lagi di waktu ancaman Covid-19 melanda negara kita Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita semua perlu bekerjasama dalam mewujudkan keamanan atas nama kepentingan agama, bangsa dan negara.
Semoga Allah SWT memberi ketabahan dan kekuatan buat anggota Polis DiRaja Malaysia dalam memberi perkhidmatan dengan penuh amanah serta bersemangat dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga kedaulatan, keselamatan, kesejahteraan rakyat dan Negara Malaysia.
Semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan memimpin kita semua ke arah kejayaan yang hakiki di dunia dan di Akhirat.
Allahumma Aamiin.