TABUNG MCG DAKWAH FOR UMMAH
April 1, 2021SELAMAT HARI KESIHATAN SEDUNIA
April 7, 20212hb. April merupakan Hari Kesedaran Austisme yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia yang bermatlamat meningkatkan kesedaran dan rasa tanggungjawab masyarakat dunia terhadap golongan autisme.
Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya, perlulah bersikap prihatin, menyokong serta sama-sama meraikan perbezaan anak istimewa ini dan keluarga yang terpilih dalam memiliki ahli keluarga autisme. Masyarakat seharusnya berperanan membantu kanak-kanak autisme ini dengan memahami keadaan mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti insan lain. Sikap prihatin seringkali dikaitkan dengan iman berdasarkan hadis Rasulullah SAW:
Daripada Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh cabang lebih, yang paling utama ialah ucapan ‘Laailaaha’illallah’, sedangkan yang paling rendah ialah membuang sesuatu yang mengganggu (orang lain) di jalan, dan malu itu salah satu cabang keimanan”. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Pengerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia kepada semua anak-anak Syurga ini, ibu bapa dan keluarga yang memiliki anak-anak Autisme serta pihak-pihak dan aktivis yang sentiasa memperjuangkan nasib golongan ini.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak di atas segala usaha dan keprihatinan dalam memperjuangkan nasib golongan Autisme hingga ianya berjaya membangkitkan kesedaran dikalangan masyarakat umum.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan mengaturkan kebaikan buat anak-anak Syurga kita ini. Semoga Allah SWT menganugerahkan ketenangan, kesabaran dan ganjaran yang lumayan kepada ibubapa dan semua pihak serta aktivis-aktivis yang tidak pernah jemu berjuang mendidik anak-anak ini dan masyarakat agar anak-anak ini dapat menjalani kehidupan seperti anak-anak normal yang lain.
Allahumma Aamiin.