SELAMAT HARI PEKERJA
May 1, 2021SELAMAT HARI BOMBA
May 4, 2021Jumaat. 11 Ramadan 1442H bersamaan 23hb. April 2021.
Alhamdulillah. MCG telah berjaya melaksanakan Pengagihan Bantuan Keperluan Asas kepada Golongan Asnaf yang tinggal di kawasan perumahan PPR Taman Wahyu, PPR Intan Baiduri dan PPR Kerinchi.
Berkat sokongan dan sumbangan daripada sahabat penderma sekalian, MCG telah berjaya membantu 4 keluarga asnaf yang terjejas akibat Pandemik Covid-19 dan sumbangan yang diberikan berbentuk keperluan asas seperti beras, telur, minyak, kurma dan lain-lain.
Dalam masa yang sama, NGO MCG sedang berusaha melaksanakan Kempen Kasih Ramadan ke 32 buah negara sepanjang bulan Ramadan ini, usaha-usaha kami, MCG untuk menyantuni golongan asnaf di dalam negara kita di waktu Pandemik Covid-19 masih turut diusahakan.
Pandemik Covid-19 ini telah menghentam kuat rakyat Malaysia dari segi ekonomi sejak tahun lepas lagi. Info semasa dan permohonan bantuan yang kami terima dari hari ke hari, menunjukkan bahawa terlalu ramai saudara-saudara kita yang terjejas akibat Pandemik Covid-19.
Seperti biasa nadi kekuatan utk kami membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan ini adalah sokongan sahabat-sahabat penderma semua disamping sentuhan dari Allah SWT.
Sabda Rasulullah SAW:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
(Riwayat Muslim, Al-Nasai, Al-Tirmizi dan Abu Daud)
Terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat penderma atas segala sokongan dan sumbangan. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala sokongan dan sumbangan yang telah sahabat-sahabat semua hulurkan.
Teruskan bersama-sama kami MCG untuk bantu Ummah walau dimana mereka berada.
Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT melindungi kita semua dari diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat2 penderma dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.
Moga Allah SWT memberkati dan memudahkan usaha-usaha ini. Moga Allah SWT menerima kerja kuat ini sebagai amalan yang soleh di bulan Ramadaan yang penuh keberkatan ini.
Allahumma Aamiin.