SELAMAT HARI JURURAWAT
May 12, 2021SELAMAT HARI BELIA NEGARA
May 15, 2021Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, Misi MCG Kasih Ramadan 1442H telah berjaya menyapa saudara-saudara seIslam kita di Bumi Grodno, Belarus untuk tahun ke 4.
Menariknya Ramadan kali ini, MCG telah berjaya merapatkan silaturahim antara muslim Belarus dengan seorang muslim dari China. Alhamdulillah.
Dari Abdullah bin Amr RA, bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda:
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari)
Atas dasar tuntutan Nabi SAW ini disamping pelawaan dari Rakan NGO kami di Belarus, Muslim Community Grodno yang dipimpin oleh Brother Ilyas 4 tahun yang lalu, MCG terus menerus membantu menghidupkan aktiviti dakwah dan kebajikan bagi menyatukan umat Islam di Grodno, Belarus khasnya.
Tahun ini adalah tahun ke 4 MCG terlibat membantu usaha-usaha menghidupkan bulan Ramadan dengan aktiviti iftar dan solat taraweh berjemaah di negara umat Islamnya sebagai golongan minoriti.
Alhamdulillah. Di Ramadan tahun ini dengan keizinan Allah SWT dan berkat sokongan sahabat-sahabat semua, solat jemaah yang sebelum ini didirikan di sebuah bilik kecil di kawasan sebuah gereja, telah berjaya dipindahkan ke sebuah dewan yang lebih selesa dan luas di lokasi di luar gereja.
RM1200 sebulan diperlukan bagi menyewa ‘Dewan Solat’ merangkap Pusat Komuniti Islam sementara ini. ‘Sementara’ sebab matlamat utama MCG dan Muslim Community Grodno adalah membeli sebuah property untuk dijadikan sebuah pusat Islam yang kekal.
Di hari-hari akhir Ramadan ini, kami ingin membuka peluang kepada sahabat-sahabat untuk terlibat sama mengembangkan Islam syiar Islam di bumi Belarus dengan cara menaja kos sewaan bulanan ‘Dewan Solat’ ini disamping menyumbang untuk Tabung Membangunkan Sebuah Pusat Islam @ RM100 / 1 Lot.
Kami memerlukan 12 orang penaja utk RM100 sebulan bagi membantu menghidupkan ‘Dewan Solat’ ini. Atau 24 orang penaja untuk RM50 sebulan.
Ayuh sahabat-sahabat, kita bantu Brother Ilyas dan saudara-saudara seIslam kita di Grodno, Belarus untuk maju selangkah lagi dalam menghidupkan syiar Islam di sana.
SEDIKIT PERKONGSIAN PENGALAMAN MCG DI BELARUS
Alhamdulillah. Mengambil semangat dan saranan Hadis Nabi SAW di atas, bersesuaian dengan slogan NGO kami CARE FOR UMMAH, MCG telah menganjurkan Misi Dakwah MCG Pertama ke Bumi Belarus pada 6-8hb. Februari Tahun 2019.
Perhatian MCG kepada Bumi Belarus telah bermula pada tahun 2018 apabila sahabat kami Brother Ilyas seorang rakyat Belarus berbangsa Tartar menghubungi dan meminta kami supaya membantu mereka membangunkan sebuah Masjid di Bandar Grodno.
Keadaan semasa, saudara-saudara seIslam kita di Grodno, Belarus menunaikan solat waktu berjemaah di sebuah bilik yang sempit yang ditumpang dari sebuah gereja. Pada hari Jumaat, mereka akan menyewa sebuah dewan untuk mendirikan Solat Jumaat berjemaah.
Sebelum misi pertama ini dilaksanakan, dengan kerjasama Brother Ilyas seorang lulusan Universiti Madinah, Arab Saudi, dengan sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat penderma, MCG telah berjaya menganjurkan Ibadah Qurban di bumi Grodno, Belarus di musim Haji 2018.
Alhamdulillah. Melalui kunjungan pertama MCG di Bumi Belarus tersebut, beberapa persetujuan bersama telah berjaya dimeterai di antara MCG yang diwakili oleh Ustaz Mujahid selaku Timbalan Pengerusi dan saya Hj Zakaria selaku Setiausaha Agung dengan Pihak Muslim Community of Grodno (MCG Belarus) yang di wakili oleh Brother Ilyas dan Brother Rafail.
Antara persetujuan tersebut adalah:
- Bersetuju dengan cadangan utk membeli sebuah bangunan yang disasarkan utk dijadikan Pusat Komuniti Islam yang memiliki kemudahan Dewan Masjid, Pusat Pendidikan dan menjadi Pusat Pembangunan Ekonomi Setempat utk masyarakat Islam di Grodno.
- Rakan NGO Muslim Community Of Grodno (MCG Belarus) telah mengamanahkan kepada MCG sebagai pengerak utama melancarkan dan melaksanakan Kempen Kutipan Dana Utk Membangunkan Masjid Dan Pusat Komuniti Islam di Grodno, Belarus.
- MCG dilantik menjadi Perunding Merancang Pembangunan Masjid yang akan berperanan sebagai Pusat Komuniti Islam Grodno ini.
- MCG dilantik sebagai Rakan NGO kepada Muslim Community of Grodno (MCG Belarus) untuk merancang program usahasama untuk membantu membangunkan syiar Islam di Grodno dan Belarus terutama di bidang dakwah dan pendidikan untuk anak-anak Grodno dan Belarus.
- Menganjurkan Kempen Bantuan Kebajikan Untuk Masyarakat Islam Belarus dari masa ke semasa terutama bersempena Ramadhan, Aidil Fitri dan Eidul Adha bagi mendekatkan Masyarakat Islam Malaysia dan Global dengan masyarakat Islam Belarus.
- Menganjurkan Kempen Wakaf AlQuran, Penajaan Pendidikan Untuk Anak-Anak Islam dan seumpamanya bagi menyantuni dan mendampingi saudara-saudara Islam kita di Belarus.
Di sini, MCG dengan rasa merendah diri, membawa berita tentang Grodno dan Belarus kepada sahabat-sahabat penderma sebagai destinasi baru untuk kita sama-sama melakukan pelaburan bagi memperbanyakkan saham Akhirat disamping mengundang keberkatan dari Allah SWT untuk kesejahteraan kehidupan kita di dunia ini melalui usaha-usaha membantu membangunkan syiar Islam di negara yang sebelum ini dikuasai oleh golongan Atheis dan kemudiannya diteruskan golongan sekular.
Membangunkan Masjid dan Pusat Komuniti Islam ini bukanlah suatu kerja yang mudah.
Bagaimanapun, kami MCG yakin dengan sokongan dan sumbangan dari sahabat-sahabat semua, rakan-rakan NGO di dalam dan di luar negara, dengan izin dari Allah SWT, perkara yang sukar ini boleh menjadi kenyataan. Insha’Allah.
Ayuh sahabat-sahabat. Kita bersama-sama membantu saudara-saudara seIslam kita di Grodno yang dipimpin oleh Brother Ilyas seorang lepasan Universiti Madinah dan bapa beliau Brother Rafail seorang perintis yang menyatukan masyarakat Islam di sana, untuk membangunkan sebuah masjid di Bumi Grodno, Belarus.
Ayuh, terus bersama-sama kami meneruskan kerjasama melalui konsep ta’awun ini dalam membantu ummah. Moga sedikit yang kita sumbang menjadi asbab terdirinya Rumah Allah di Bumi Grodno dan seterusnya ianya menjadi hujjah untuk termakbulnya doa-doa kita serta menjadi asbab untuk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di Padang Masyhar kelak.
Allahumma Aamiin.