SELAMAT HARI GURU
May 16, 2021BANTUAN KECEMASAN UNTUK GAZA
May 26, 2021Alhamdulillah. Pada 10hb Mei 2021, MCG telah pun berjaya mengadakan Misi Kasih Ramadan 1442H bagi menyantuni Rakan Jalanan di Pusat Pembelajaran Komuniti Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur.
Disebabkan kehadiran petugas yang dibenarkan agak terhad maka program ini hanya disertai oleh Pengerusi MCG saudara Sham Samad, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) MCG Ustaz Mohd Fadhil serta Ahli Jawatankuasa MCG saudara Zamanhuri Dan saudara Mohd Haziq.
Dalam program tersebut, MCG telah pun berjaya mengagihkan sumbangan Iftarpack buat rakan jalanan di sana. Dalam masa yang sama, MCG turut menyerahkan sumbangan kurma dan chocodap hasil sumbangan para penderma yang telah turut serta menjayakan Kempen Membeli Sambil Menderma melalui Projek MCG Charity Sale.
Terima kasih kepada Pn Akmar yang mewakili Pertubuhan Kebajikan Ar-Riqab Kuala Lumpur yang mengetuai urusan agihan makanan kepada rakan jalanan. Terima kasih juga kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang telah memberi peluang kepada pihak MCG untuk bersama-sama menjayakan program menyantuni rakan jalanan di bulan Ramadan baru-baru ini.
Aktiviti menyantuni rakan jalanan ini akan diteruskan di bulan-bulan lain dimana golongan rakan jalanan ini termasuk dari kalangan golongan asnaf yang menjadi sasaran MCG untuk dibantu. Selain membantu menerima keperluaan asas, pendekatan ini adalah salah satu cara untuk kita menyampaikan pendidikan Islam kepada mereka disamping menimbulkan rasa selesa dijiwa mereka bahawa masih ada yang mengambil berat tentang penderitaan mereka. Insha’Allah.
Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, selain menyantuni golongan rakan jalanan ini, kami MCG telah berjaya mengagihkan Bantuan MCG Kasih Ramadhan 1442H kepada saudara-saudara kita di dalam negara yang terdiri daripada kalangan anak-anak yatim, golongan mualaf, ibu tunggal, warga emas, orang asli, golongan kurang upaya, pelajar tahfiz, pelajar IPTA dan seumpamanya.
Sabda Rasulullah SAW:
إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ
Maksudnya: “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”
(Riwayat Muslim, Al-Nasai, Al-Tirmizi dan Abu Daud)
Ayuh teruskan bersama-sama kami MCG untuk kita bersama-sama atas konsep ta’awun menyebarkan kemesraan Islam ke merata pelusuk dunia.
Terima kasih sekali lagi kepada sahabat-sahabat penderma atas segala sokongan dan sumbangan. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas segala sokongan dan sumbangan yang telah sahabat-sahabat semua hulurkan.
Di kesempatan ini, mari kita sama-sama utuskan doa kepada saudara-saudara kita di Palestine, agar Allah SWT menurunkan bantuanNya bagi membebaskan Bumi Palestine dari kezaliman dan cengkaman rejim Israel laknatullah.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat penderma dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di akhirat.
Semoga Allah SWT menerima kerjabuat ini sebagai amalan yang soleh yang diusahakan di bulan Ramadan Al-Mubarak.
Allahumma Aamiin.