MUFTI PERAK TAN SRI DR HARUSSANI ZAKARIA PERGI MENEMUI SANG PENCIPTANYA
May 30, 2021MISI MCG BANTUAN KEBAJIKAN BUAT SYRIA
June 2, 2021Bersempena dengan Hari Ulang Tahun Tentera Udara DiRaja Malaysia yang jatuh pada hari ini 1 Jun 2021, kami NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun TUDM Ke-63 buat seluruh anggota Tentera Udara DiRaja Malaysia.
“TUDM Mampan, Ruang Angkasa Aman” menjadi lambang kekuatan dengan misi untuk mempertahankan kedaulatan dan keutuhan negara serta kepentingannya melalui kuasa udara yang berkesan.
Di kesempatan ini, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh anggota TUDM yang sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara disaat dunia sedang diuji dengan wabak Covid-19.
Tatkala wabak Covid-19 melanda negara, anggota tentera telah menjalankan komitmen serta melaksanakan tugas dengan sangat komited dalam menjaga keselamatan negara agar semuanya dalam keadaan terkawal.
Tanpa mengira siang atau malam, anggota tentera kita memberi komitmen tanpa berbelah bahagi bahkan mengorbankan segalanya semata-mata untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat, aman dan terjaga. Jelas ini menunjukkan bahawa anggota tentera sentiasa meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai satu keutamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh anggota TUDM dan semua barisan hadapan di atas pengorbanan anda semua bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara ini terus terpelihara.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kalian dan memelihara kita semua.
Allahumma Aamiinn.