AGIHAN FIDYAH MAIS OLEH MCG
June 8, 2021SELAMAT HARI BAPA
June 20, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Salam Jumaat.
Dikongsikan sedikit perkongsian info Misi MCG Kasih Ramadan lalu di Kashmir, Pakistan dan Misi Kebajikan MCG yang bakal diusahakan untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Untuk info sahabat-sahabat, Kashmir, Pakistan dan India merupakan antara destinasi perlaksanaan Ibadah Qurban MCG. Insha’Allah.
Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, Masjid Jabal An-Nour Kashmir fasa 1 telah siap untuk digunakan sebelum bulan Ramadhan lalu.
Antara manfaat yang dapat diusahakan setelah fasa Masjid Jabal An-Nour berjaya disiapkan:
- Memberi kemudahan kepada 60 ahli jemaah untuk solat berjemaah di setiap waktu dan solat taraweh di masjid ini.
- Aktiviti pendidikan seperti majlis ilmu dan pengajian Al-Quran telah berjaya diadakan.
- Majlis iftar juga telah berjaya diusahakan di bulan Ramadan lalu.
- Menjadi pusat menyatukan ukhuwah masyarakat setempat.
- Menjadi pusat menjalankan aktiviti MCG Kasih Ramadhan terutama mengagihkan bantuan kebajikan kepada golongan orang tua, ibu tunggal, anak yatim, golongan OKU dan umpamanya.
Bagaimanapun sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat masih diperlukan bagi membantu pembangunan fasa masjid ini untuk menyiapkan:
- Saluran bekalan sumber air bersih dari punca air ke kawasan masjid.
- Tempat wuduk dan tandas masjid.
- Generator bekalan elektrik utk keperluan masjid.
- Menyiapkan sebahagian lagi pemasangan kemasan lantai, dinding dan bumbung utk bahagian atas masjid.
Alhamdulillah. Segala usahausahaa MCG untuk menarik perhatian masyarakat Islam khususnya di Malaysia kepada isu Kashmir di Pakistan dan India telah membuahkan hasil.
Walaupun Masjid yang berjaya dibina ini kecil sekadar mampu memuatkan 60 ahli jemaah di bahagian dalam dan 30 ahli jemaah di sebelah ruang beranda, ianya amat bersesuaian dengan keadaan masyarakat Islam di sana yang hidup di kawasan tanah tinggi dan berbukit-bukau.
Amat besar jasa yang telah dilakukan oleh sahabat-sahabat penderma semua bagi membangunkan masjid ini. Selain masjid ini berperanan yang mendirikan solat berjemaah, Insha’Allah, MCG bersama-sama Rakan NGO kami IMWT akan menjadikan masjid ini sebagai Pusat Komuniti yang akan beroperasi memberi khidmat kebajikan, pendidikan, bekalan air, dan seumpamanya kepada masyarakat setempat dan kawasan yang berhampir.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua atas sokongan dan sumbangan bagi menjayakan usaha-usaha ini.
LALU APAKAH USAHAUSAHA MCG SETERUSNYA UNTUK BANTU SAUDARA-SAUDARA KASHMIR KITA?
Selain Misi MCG Qurban Utk Kashmir @ #MCGQurban4Kashmir, kami kongsikan di sini sebahagian daripada Perancangan Misi Kebajikan MCG dan Projek Wakaf MCG utk Kashmir yang kami usahakan utk rujukan dan tindakan sahabat2-sahabat semua :
- Projek Wakaf MCG Masjid4Kashmir Bagi Membantu Membangunkan Fasa Masjid Jabal An-Nour Wakaf Masjid4Kashmir : RM100/1 Lot.
- Kempen Bantuan Kebajikan MCG Utk Golongan Asnaf mengagihkan Food Baskets untuk keluarga anak yatim, warga emas, ibu tunggal, golongan OKU. Tajaan RM100/sekeluarga.
- Projek MCG Wakaf WaterSupply4KashmirmMembina saluran dan tangki air untuk membekalkan sumber air bersih kepada masjid dan kawasan setempat. Wakaf WaterSupply4Kashmir RM100/1 Lot.
- Tabung Penajaan Pendidikan @ Education4Ummah untuk anak-anak yatim dan asnaf Kashmir. Tajaan untuk seorang pelajar RM100/SeBulan.
- Kempen Tajaan Bantuan Kesihatan, Perubatan, Hygiene Kit Dan Set Pakaian Musim Sejuk untuk keluarga anak yatim, syuhadah, ibu tunggal, asnaf, golongan OKU. Tajaan RM100/Lot.
- Projek MCG Wakaf AlQuran4Ummah membekal dan mengagih Al-Quran ke Kashmir dan merata pelusuk dunia. RM50/1Naskah AlQuran.
Ayuh sahabat-sahabat, terus bersama-sama kami MCG bagi meneruskan kerjasama melalui konsep ta’awun dalam membantu ummah terutama membantu saudara-saudara kita di Kashmir-Pakistan yang agak terpinggir dari perhatian dunia khususnya umat Islam.
Moga usaha-usaha ini menjadi asbab untuk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di dunia dan di akhirat.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memudahkan segala urusan ini serta menganugerahkan kejayaan yang maksima dalam usaha kita membantu ummah.
Allahumma Aamiin.