CHOCODAP
June 24, 2021DANA BANTUAN BUAT 5 BERADIK DI KUALA NERANG
July 1, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT. Salam Jumaat.
Kami NGO MCG dengan Rakan NGO kami Muslim Community Grodno (MCG Belarus) dengan rasa rendah diri ingin merayu perhatian dan sumbangan dari 12 orang untuk sumbangan RM100 sebulan atau 24 orang utk sumbang RM50 sebulan bagi menampung kos sewaan bulanan utk dijadikan sebagai Pusat Komuniti Islam sementara untuk saudara-saudara kita di Grodno Belarus menghidupkan Syiar Islam di sana.
Dipanggil sementara disebabkan dalam masa yang sama kami juga sedang dalam usaha mengumpul dana bagi membeli sebuah Property bernilai RM1.4 Juta untuk dijadikan Masjid dan Pusat Komuniti Islam yang kekal buat masyarakat Islam di sana.
SEDIKIT PERKONGSIAN PENGALAMAN MCG DI BELARUS
Sabda Nabi SAW:
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً
Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.
Hadis Riwayat Imam al-Bukhari (3461) Dalam Sahihnya.
Mengambil semangat dan saranan hadis Nabi SAW ini bersesuaian dengan slogan NGO kami CARE FOR UMMAH, MCG telah menganjurkan Misi Dakwah MCG Pertama ke Bumi Belarus pada 6-8hb. Februari Tahun 2019.
Perhatian MCG kepada Bumi Belarus telah bermula sejak tahun 2018 apabila sahabat kami Brother Ilyas seorang rakyat Belarus berbangsa Tartar menghubungi dan meminta kami supaya membantu mereka membangunkan sebuah Masjid di Bandar Grodno.
Keadaan semasa, saudara2 seIslam kita di Grodno, Belarus menunaikan solat waktu berjemaah di sebuah bilik yang sempit yang ditumpang dari sebuah Gereja. Pada hari Jumaat, mereka akan menyewa sebuah dewan untuk mendirikan Solat Jumaat berjemaah. Kami sendiri pernah menunaikan solat bersama-sama mereka di bilik sempit tersebut.
Sebelum misi pertama ini dilaksanakan, dengan kerjasama Brother Ilyas yang juga merupakan seorang lulusan Universiti Madinah, Arab Saudi, sertasokongan dan sumbangan sahabat-sahabat penderma, MCG telah berjaya menganjurkan Ibadah Qurban di Bumi Grodno, Belarus pada musim Haji 2018. Diikuti tahun berikutnya 2019 dan 2020.
Alhamdulillah. Melalui kunjungan pertama MCG di Bumi Belarus tersebut, beberapa persetujuan bersama telah berjaya dimeterai di antara MCG yang diwakili oleh Ustaz Mujahid selaku Timbalan Pengerusi dan Hj Zakaria selaku Setiausaha Agung dengan Pihak Muslim Community of Grodno (MCG Belarus) yang di wakili oleh Brother Ilyas dan Brother Rafail.
Disamping rayuan untuk sumbangan Ibadah Qurban tahun ini untuk saudara-saudara kita di Belarus, MCG dengan rasa rendah hati ingin mengajak sahabat-sahabat penderma untuk menjadikan Bumi Belarus sebagai destinasi baru untuk kita sama-sama melakukan pelaburan bagi memperbanyak saham Akhirat melalui usaha-usaha membantu membangunkan Syiar Islam di negara yang sebelum ini dikuasai oleh golongan Atheis dan kemudiannya diteruskan oleh golongan sekular.
Membangunkan Masjid dan Pusat Komuniti Islam ini bukanlah suatu kerja yang mudah. Bagaimanapun, kami MCG yakin dengan sokongan dan sumbangan dari sahabat-sahabat semua, rakan-rakan NGO di dalam dan di luar negara, dengan izin dari Allah SWT, perkara yang sukar ini boleh menjadi kenyataan. Insha’Allah.
Ayuh sahabat-sahabat. Kita bersama-sama membantu saudara-saudara seIslam kita di Grodno yang dipimpin oleh Brother Ilyas dan Bapa beliau Brother Rafail yang juga merupakan seorang perintis yang menyatukan masyarakat Islam di sana, untuk membangunkan sebuah Masjid di Bumi Grodno, Belarus.
Ayuh, terus bersama-sama kami meneruskan kerjasama melalui konsep ta’awun ini dalam membantu ummah. Moga sedikit yang kita sumbang menjadi asbab terdirinya Rumah Allah di Bumi Grodno dan seterusnya ianya menjadi hujjah untuk termakbulnya doa-doa kita serta menjadi asbab untuk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di Padang Masyhar kelak.
Allahumma Aamiin.