PELAKSANAAN MISI QURBAN & AQIQAH 1442H
July 21, 2021SELAMAT HARI PAHLAWAN
July 31, 202128hb. Julai merupakan Hari Kesedaran Hepatitis yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia yang bermatlamat meningkatkan kesedaran mengenai penyakit berbahaya ini yang boleh membawa kepada radang hati serta penyakit hati yang kronik.
Menurut Konsultan dan Pakar Gastroenterologi (HUSM) Dr. Rosemi Salleh, Hepatitis atau disebut sebagai Keradangan hati adalah penyakit berbahaya malah 100 kali lebih bahaya berbanding HIV dan Aids serta dikategorikan sebagai pembunuh senyap.
Hepatitis adalah diakibatkan oleh jangkitan virus Hepatitis A, B, C, D dan E. Punca utama jangkitan Hepatitis ini boleh berlaku adalah disebabkan oleh pengambilan makanan atau air yang tercemar dan melalui pemindahan darah serta hubungan kelamin.
Kami kongsikan di sini antara perkara yang diberi penekanan oleh KKM untuk perhatian kita semua :
- Mengamalkan penjagaan kebersihan yang baik seperti sentiasa membasuh tangan dengan air dan sabun selepas menggunakan bilik air atau memegang benda-benda kotor.
- Tidak berkongsi alat kebersihan diri peribadi seperti ketip kuku, berus gigi dan alat lain yang boleh menyebabkan luka di mana virus ini boleh menular.
- Segera menemui doktor bagi mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut sekiranya mempunyai tanda dan gejala menghidap hepatitis.
- Jalani ujian saringan hepatitis yang telah disediakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
- Dapatkan rawatan yang terbukti berkesan di hospital sekiranya disahkan menghidap hepatitis dan sentiasa patuh dengan jadual rawatan yang diberikan.
Di kesempatan ini juga, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengucapkan Salam Hari Hepatitis Sedunia kepada penghidap Hepatitis khususnya di Malaysia dan ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk memulakan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan dan menjadi lebih aktif setiap hari, ini kerana risiko penyakit ini boleh dicegah melalui gaya hidup yang sihat.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah, ayat 222 :
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya : “Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.”
Justeru, sebagai umat Islam, menjaga kebersihan sudah menjadi sebuah tuntutan agama dan menjadi perkara asas sebelum melakukan ibadah. Semoga kita semua terus diberi nikmat kesihatan oleh Allah SWT untuk menjalankan ibadah dan memanfaatkan nikmat yang diberi kearah jalan yang diredhaiNya.
Allahumma Aamiin.