HARI ANGKATAN TENTERA MALAYSIA KE-88
September 16, 2021SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA
September 29, 2021Sebanyak 350 set MCG Kit Solat untuk pesakit COVID-19 telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Sebahagian daripada jumlah ini telah diagih kepada Hospital Kajang dan Hospital Ampang. Mudah-mudahan sumbangan kit solat ini akan dapat membantu pihak pengurusan dan barisan hadapan hospital memberi kemudahan kepada pesakit COVID-19 dan serta pesakit lain untuk mendirikan solat walaupun dalam keadaan uzur. MCG Kit Solat ini juga bukan sahaja tertumpu penggunaan kepada pesakit COVID-19 malahan memberikan kemudahan kepada pesakit lain yang mengalami keuzuran untuk melaksanakan solat. Kemudahan yang disediakan pihak MCG ini menjadi keperluan asas yang perlu disediakan bagi membantu pesakit untuk melaksanakan tanggungjawab mendirikan solat.
Oleh itu, MCG mengambil inisiatif untuk memberi dorongan dan sokongan kepada pesakit COVID-19 serta pesakit yang lain untuk melaksanakan tuntutan ibadah fardhu dalam keadaan yang uzur. Pihak MCG mengajak sahabat-sahabat penderma untuk menyumbang bagi menaja pakej bantuan MCG Kit Solat yang sedang kami usahakan :
KIT SOLAT (RM 50 / 1 LOT)
1. Botol Spray untuk kegunaan Wudhu’
2. Debu tayamum
3. Tasbih
4. Buku Yassin & Doa
5. Panduan Solat untuk Pesakit
6. Tuala Muka
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Solatlah kamu dengan cara berdiri, jika kamu tidak mampu maka hendaklah duduk, jika tidak mampu juga, maka hendaklah kamu solat secara berbaring.”
(Hadis Riwayat Bukhari)
Antara objektif kempen bantuan MCG Kit Solat adalah:
1. Melaksanakan tuntutan kewajipan menunaikan solat fardhu walaupun dalam keadaan uzur
2. Membangkitkan kesedaran dan keinsafan kepada pesakit Muslim untuk beribadah
3. Memberi motivasi serta meningkatkan pengetahuan mengenai alat sokongan yang digunakan untuk solat ketika sakit
Serahan MCG Kit Solat kepada Hospital Kajang
Sebanyak 10,000 set MCG Kit Solat disasarkan untuk disediakan dalam masa terdekat ini untuk diagihkan kepada hospital-hospita yang terpilih dengan kadar segera. Rayuan ini kami sampaikan kepada sahabat-sahabat semua bersama-sama atas dasar ta’awun, membantu saudara-saudara kita yang memerlukan dengan kadar maksima.
Semoga Allah SWT merahmati dan anugerahkan ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji serta merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di akhirat.
Serahan MCG Kit Solat di Hospital Ampang
Ayuh sama-sama kita membantu dan menyumbang bagi menjayakan misi MCG ini. Salurkan sumbangan anda ke akaun :
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816-8967
Disamping itu, mohon sahabat2 maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya:
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938 /http://wasap.my/+60126935938
En. Sham : 013 – 722 2558 / http://wasap.my/+60137222558
En. Hafiz : 013 – 964 5932 / http://wasap.my/+60139645932
En. Zaman : 019 – 323 3834 / http://wasap.my/+60193233834