TAKZIAH BUAT SELURUH AHLI KELUARGA ADIK HAIDAR
February 19, 2022BANTUAN KECEMASAN BANJIR PANTAI TIMUR
February 28, 2022Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah. Terima berita gembira dari IMWT, rakan NGO MCG di Kashmir Pakistan bahawa ppembinaan kemudahan bekalan air dan kemudahan asas untuk Masjid Jabal An-Nour telah berjaya disiapkan dan dapat dimanfaatkan sebelum kedatangan bulan Ramadan ini.
Alhamdulillah. Segala usaha-usaha MCG untuk menarik perhatian masyarakat Islam khususnya di Malaysia kepada isu Kashmir di Pakistan dan India telah membuahkan hasil. Terima kasih kepada sahabat-sahabat semua atas sokongan dan sumbangan bagi menjayakan usaha-usaha ini.
Alhamdulillah. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, Masjid Jabal An-Nour ini berjaya dibina dan dimanfaatkan pada Ramadan yang lalu.
Untuk info sahabat-sahabat semua, MCG dengan kerjasama Rakan NGO di Kashmir IMWT, sedang dalam proses melakukan persiapan bagi membantu saudara-saudara kita di Masjid Jabal An-Nour menghadapi kedatangan Ramadan Al-Mubarak disamping membantu masjid tersebut menghidupkan aktiviti bantuan pendidikan untuk kanak-kanak dan bantuan kebajikan untuk golongan asnaf.
Selain dari itu, bagi meneruskan usaha tersebut, MCG bersama IMWT juga sedang berusaha membangunkan Tangki Air Tambahan bagi membantu lebih ramai lagi penduduk tempatan mendapatkan bekalan air bersih.
Dengan pembinaan kemudahan bekalan air bersih di Masjid Jabal An-Nour ini, ianya bukan sahaja akan memberi manfaat kepada masjid dan ahli jemaahnya, malahan kemudahan ini akan menjadi punca untuk membekal kemudahan yang sama kepada penduduk-penduduk setempat. Insha’Allah.
APAKAH USAHA-USAHA MCG SETERUSNYA UNTUK BANTU SAUDARA-SAUDARA KASHMIR KITA?
Kami kongsikan di sini sebahagian Perancangan Misi Kebajikan Musim Sejuk MCG dan Projek Wakaf MCG yang bakal kami usahakan untuk rujukan dan tindakan sahabat-sahabat semua :
- Projek Wakaf MCG Utk Mengimarahkan, Menghidupkan Dan Penyelenggaraan Masjid Jabal An-Nour Kashmir bagi membantu membangunkan sebuah masjid. Ayuh sahabat-sahabat bersama MCG kita bantu hidupkan masjid ini dengan berbagai kemudahan dan aktiviti yang bakal memberi manfaat kepada lebih 100 buah keluarga disamping akan menjadi madrasah untuk anak-anak tempatan menuntut ilmu Islam. Wakaf Masjid4Kashmir : RM100/1 lot.
- Kempen Bantuan Kebajikan MCG Kasih Ramadan Untuk Kashmir @ #MCGKasihRamadan4Kashmir mengagihkan bantuan Kasih Ramadan untuk keluarga anak yatim, ibu tunggal, asnaf, golongan OKU. Tajaan RM100/sekeluarga.
- Projek MCG Wakaf WaterSupply4Kashmir.
- Membina Saluran dan Tangki Air untuk membekalkan sumber air bersih kepada penduduk-penduduk kawasan setempat. Wakaf WaterSupply4Kashmir RM100/1 lot.
- Tabung Penajaan Pendidikan @ Education4Ummah.
- Untuk anak-anak yatim dan asnaf Kashmir. Taja untuk seorang pelajar RM100/sebulan.
- Kempen Tajaan Bantuan Kesihatan, Perubatan, Hygiene Kit Dan Set Pakaian Musim Sejuk Untuk keluarga anak yatim, syuhadah, ibu tunggal, asnaf, golongan OKU. Tajaan RM100/lot.
- Projek MCG Wakaf AlQuran4Ummah
- Membekal dan Mengagih Al-Quran ke Kashmir dan Merata Pelusuk Dunia. RM50/senaskah AlQuran.
Apapun, sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat adalah nadi utama kepada kejayaan usaha-usaha ini disamping keizinan dari Allah SWT.
Ayuh sahabat-sahabat, terus bersama-sama kami MCG bagi meneruskan kerjasama melalui konsep ta’awun dalam membantu ummah terutama membantu saudara-saudara kita di Kashmir-Pakistan yang agak terpinggir dari perhatian dunia khususnya umat Islam.
Moga usaha-usaha ini menjadi asbab untuk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di dunia dan di akhirat.
Moga Allah SWT senntiasa merahmati dan memudahkan segala urusan ini serta menganugerahkan kejayaan yang maksima dalam usaha kita membantu ummah.
Allahumma Aamiin.