MISI BANTUAN KEBAJIKAN DI KELANTAN
March 23, 2022MCG TABUNG KECEMASAN BANJIR DI JANDA BAIK
May 14, 2022Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Ramadan Kareem.
Rasulullah SAW pernah berdoa :
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ وَعَذَابِ الْقَبْرِ
Maksudnya : “Ya Allah, Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kefakiran dan kekufuran serta azab kubur.”
(HR. Abu Dawud, Al-Nasai, dan Ahmad. Dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam dan Syu’aib al-Arnauth, beliau berkata: sanadnya kuat sesuai syarat Muslim)
MCG amat mengambil berat dan prihatin terhadap Pembangunan Pendidikan Untuk Anak-Anak SeIslam kita terutamanya anak-anak dikalangan anak-anak yatim dan keluarga miskin (Asnaf).
Kekurangan dan kemiskinan mereka akan menyebabkan mereka tidak berkesempatan untuk memperolehi pendidikan. Lebih bahaya lagi sekiranya mereka terputus terus dari mendapat ilmu untuk mengenal Allah SWT.
Kami MCG menerima banyak permintaan dan permohonan dari merata pelusuk dunia dari rakan-rakan NGO kami, agar kami membantu mereka untuk menghidupkan sekolah atau pusat pendidikan Islam untuk anak-anak yatim di kawasan mereka.
Selain permohonan dari dalam negara kita MALAYSIA , antara negara-negara yang memohon sumbangan dana untuk bantuankebajikan dan membangunkan pendidikan Islam untuk anak-anak yatim ini adalah:
BENUA ASIA
Cambodia
Indonesia
Kashmir Pakistan
India
Bangladesh (Rohingya)
Myanmar (Rohingya)
Thailand
Sri Lanka
BUMI AMBIYA
Gaza Palestine
Syria
Yemen
Afghanistan
Mesir
Turki (Syria)
BENUA AFRIKA
Chad
Uganda
Nigeria
Comoros
Gambia
Sudan
Somalia
Ivory Coast
Cameroon
Niger
Madagascar
Burkina Faso
BENUA EROPAH, AMERIKA UTARA DAN OCEANIA
Belarus
Bosnia
Poland
New Zealand
Antara usaha-usaha bantuan yang kami MCG usahakan untuk membantu anak-anak yatim ini adalah:
Penajaan Pendidikan Dan Keperluan Persekolahan Anak-Anak Syuhadah, Anak Yatim dan Anak-Anak Golongan Asnaf. RM150/Seorang.
Bantuan Kebajikan Untuk Keluarga Anak-Anak Syuhadah, Anak Yatim dan Anak-anak Golongan Asnaf. RM100/Satu Keluarga.
Bantuan Kebajikan Covid19 Dan Kesihatan Untuk Anak-Anak Syuhadah, Anak Yatim dan Anak-Anak Golongan Asnaf. RM100/Lot.
Bantuan Kebajikan Musim Sejuk Untuk Anak-Anak Syuhadah, Anak Yatim dan Anak-Anak Golongan Asnaf. RM100/Seorang.
Bagi melaksanakan dan memenuhi tuntutan Islam ini, kami MCG dengan rendah hati ingin mengajak sahabat-sahabat semua untuk bersama-sama kami dan Rakan NGO kami di lokasi-lokasi terbabit, untuk membantu meringankan kesusahan anak-anak yatim ini disamping membantu mereka menerima pendidikan Islam yang sebaik mungkin.
Segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat amat besar manfaatnya kepada saudara-saudara kita di lokasi yang terlibat dan keperluannya amat mendesak. Insha’Allah.
Terima kasih atas segala perhatian dan sumbangan. Moga segala perhatian dan sumbangan ini akan menjadi hujjah kita di depan Allah swt bahawa kita telah memainkan peranan utk mengembangkan Syiar Islam di merata pelusuk dunia. Insha’Allah.
Allahumma Aamiin.