Keimanan Yang Mendamaikan Jiwa
January 5, 2023Program Menyantuni Anak-anak Kemboja – Wakaf4Ummah
January 10, 2023MCG Sedang Berusaha Mengagihkan Al-Quran Di Beberapa Negara Di Benua Asia, Afrika Dan Eropah
MCG WAKAF AL-QURAN4UMMAH BERJAYA DIAGIHKAN KEPADA SAUDARA2 DI CHAD
Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, Projek Wakaf Al-Quran MCG Al-Quran4Ummah telah berjaya diagihkan kepada saudara-saudara kita di Chad.
Dikesempatan ini, kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma atas sokongan dan sumbangan bagi menjayakan Projek Wakaf MCG ini.
Untuk kesinambungan atas usaha dan komitmen ini, kami MCG sedang membuat persiapan untuk mengagihkan Naskah Al-Quran ini ke beberapa buah negara lagi di Benua Asia, Afrika dan Eropah.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”.
Riwayat al-Tirmizi (2835)
Selain agihan Naskah Al-Quran dari Projek Wakaf MCG Al-Quran4Ummah di Chad , kami juga sedang berusaha mengagihkannya di negara kita sendiri Malaysia , Thailand , Indonesia , India , Kashmir Pakistan , Bangladesh (Rohingya), Myanmar (Rohingya) Sri Lanka , Vietnam , South Korea , Gaza Palestin , Syria , Yemen , Sudan , Uganda , Cambodia , Comoros , Nigeria , Gambia , Madagascar , Burkina Faso , Turkey , Bosnia , Belarus New Zealand dan beberapa negara yang akan kami maklumkan kemudian.
Selain daripada mengagihkan Al-Quran, MCG juga sedang berusaha melaksanakan beberapa Projek Wakaf yang lain, antaranya adalah:
- Kempen MCG Masjid4Ummah.
Pembangunan Masjid Baru Dan Baikpulih di Kemboja, New Zealand, Belarus, Syria (Kem-kem Pelarian), Pakistan (Kashmir Telah Siap Fasa 1), India, Uganda, Comoros, Chad, Indonesia, Nigeria (telah siap diteruskan dengan projek membangunkan kemudahan bekalan air bersih) dan beberapa lokasi yang akan diumumkan nanti. Tawaran Tajaan RM100/1Lot.
- Kempen MCG Education4Ummah.
- Kempen Penajaan Pendidikan Untuk Anak-anak Syuhadah, Yatim Dan Ansaf Terutama Di Syria, Palestine, Rohingya Dan Di Merata Pelusuk Dunia. Tawaran Tajaan Bulan RM150/seorang.
- Kempen MCG Shelter4Ummah.
- Kempen Membangunkan Rumah Yang Selesa @ Shelter4Syria. Tawaran Tajaan RM100/1 Lot Atau RM2K/1Shelter.
- Kempen MCG Tubewell4Ummah.
Membina Sumber Air Bersih atau Tubewell di Palestin, Kashmir Pakistan, India, Kemboja, Indonesia, Nigeria, Uganda, Chad, Nigeria Dan Terbaru Madagascar. Tawaran Tajaan RM100/Lot.
- Kempen Dakwah4Ummah.
Bagi Membantu Membangunkan Pusat Dakwah, Madrasah Dan Surau Untuk Pondok2 Pengajian Islam Di Dalam Dan Di Luar Negara. Tawaran Tajaan RM100/Lot.
- Kempen MCG AlQuran4Ummah.
Membekal Dan Mengagih Al-Quran ke merata pelusuk dunia. Tawaran Tajaan RM50/Senaskah AlQuran.
- Kempen MCG School4Ummah.
Kerja-kerja Membangunkan Sekolah Dan Pendidikan di Syria, Turkey, Palestine, India, Kemboja, Indonesia, Uganda, Gambia dan Nigeria. Tawaran Tajaan RM100/Lot.
- Kempen MCG House4Ummah.
Baki Pulih Rumah Keluarga Syuhadah, Golongan Asnaf, Keluarga Anak Yatim Dan Ibu Tunggal Terutama Di Gaza Palestin, Syria Dan Beberapa Negara Yang Ditimpa Bencana. Tawaran Tajaan RM100/Lot.
Kempen Wakaf4Ummah ini bertujuan bagi membantu membangunkan kemudahan untuk ummah terutama di lokasi-lokasi yang umat Islamnya berada di dalam krisis peperangan, pergolakan politik, kemiskinan dan hidup sebagai golongan minoriti yang perlu dibantu bagi memantapkan keimanan dan sebagai media yg berperanan untuk mengembangkan Syiar Islam.
Kepada sahabat-sahabat yang berminat menjayakan Projek Wakaf4Ummah ini boleh salurkan sumbangan melalui akaun yang kami sertakan di bawah ini atau melalui Poster Wakaf4Ummah yang kami kongsi bersama.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Surah al-Baqarah, Ayat 261)
Moga segala perhatian dan sumbangan ini akan menjadi hujjah kita di depan Allah swt bahawa kita telah memainkan peranan untuk mengembangkan Syiar Islam di merata pelusuk dunia. Insha’Allah.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938
www.muslimcareglobal.com