PROJEK WAKAF MCG PEMBINAAN KOMPLEKS MASJID AL-QUDDUS PHNOM PENH AMAT MEMERLUKAN PERHATIAN DAN SUMBANGAN UMMAH
January 30, 2023Merantaulah Menjelajahi Bumi
February 2, 202350 HARI MENUJU RAMADAN AL-MUBARAK
Moga Allah SWT Memberi Kesempatan Buat Kita Untuk Bertemu Lagi Dengan Ramadan Tahun Ini
Ayuh Bersama Kami Jayakan Misi Kasih Ramadan MCG Tahun Ini.
Assalamualaikum WBT Sahabat-sahabat Yang Dirahmati Allah SWT.
Hari ini 31hb. Januari 2023 bersamaan 9 Rejab 1444H. Sedar tidak sedar, hanya berbaki 50 hari sahaja lagi untuk kita dipertemukan dengan bulan Ramadan Al-Mubarak.
Kami kongsikan disini Link Untuk Rujuk Baki Tarikh Kedatangan Ramadan Al-Mubarak.
https://www.weeksuntil.com/days/ramadan-begins-2023
Firman Allah SWT dalam surah Al-Kahfi, ayat 30 :
إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ إِنَّا لَا نُضِيعُ أَجۡرَ مَنۡ أَحۡسَنَ عَمَلاً
“Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.”
Sedikit perkongsian yang kami ingin kongsikan, dipetik dari Bayan Linnas Terbitan Mantan Mufti Wilayah, berhubung bentuk-bentuk Sedekah Jariyah yang merupakan salah satu amalan soleh yang digalakkan untuk kita semua berusaha melakukannya.
Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah :
- Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
- Anak soleh yang dia tinggalkan.
- Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
- Masjid yang dibina.
- Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina.
- Sungai yang dia alirkan.
- Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.
Artikel penuh untuk rujukan sahabat-sahabat:
https://muftiwp.gov.my/…/3560-bayan-linnas-siri-ke-194…
Justeru, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak sahabat-sahabat agar bersama-sama mempersiapkan diri dengan memperbanyakkan doa dan melatih diri melaksanakan amalan sunat di bulan Rejab ini sebagai persediaan menuju bulan Ramadan agar kita diberi peluang untuk menyambut kehadirannya dan diberi kesempatan untuk beramal dalam bulan Ramadan.
Kami juga ingin mengajak sahabat-sahabat untuk Bersama-sama membantu dalam menjayakan Misi MCG Kasih Ramadan 1444H pada tahun ini kerana sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat adalah nadi kepada kejayaan usaha-usaha dalam membantu ummah disamping sentuhan keizinan dari Allah SWT.
Ayuh, bersama-sama kita menadah tangan berdoa agar kita diberi kesempatan menjadi tetamu di bulan Ramadan pada tahun ini. Moga Allah SWT sentiasa merahmati, mengampuni dosa2 kita,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’aban, serta sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan.”
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung MCG,
b/p Pengerusi Dan Penggerak MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
NOTA UNTUK PENDERMA
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang untuk Misi MCG Kasih Ramadan, boleh salurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun kami seperti berikut :
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 – 8967
Disamping itu, mohon sahabat-sahabat maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938