MCG SOKONG HIMPUNAN SELAMATKAN SYARIAH 09022024 DAN SERUAN TUNAIKAN SOLAT HAJAT
February 8, 2024Bulan Ramadhan yang Mulia: Nama dan Makna yang Mentakrifkan Kepentingannya
March 7, 2024Valentine's dikatakan berasal daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang yang telah menghancurkan tamadan Islam di Sepanyol iaitu St Valentino.
Sambutan Hari Kekasih atau Valentine's ini adalah satu budaya masyarakat bukan Islam yang boleh membawa kesan yang buruk dan sebagai umat Islam kita dilarang sama sekali untuk menyambutnya.
Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
Maksudnya: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka ia termasuk sebahagian daripada mereka.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang. Setiap hari adalah hari untuk berkasih sayang dalam Islam. Tiada hari tertentu yang ditetapkan dalam Islam untuk meraikan hari kekasih atau kasih sayang.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Walau bagaimanapun, Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam Hari Kekasih pada setiap 14hb. Februari kerana dipercayai mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur baur dengan perbuat maksiat sama ada dari segi akidah, syariah dan akhlak Islamiah sehingga boleh membawa ke arah gejala sosial dalam kalangan anak muda.
Kami kongsikan Hukum Orang Islam Menyambut Perayaan Valentine's Day dengan lebih terperinci.
Di kesempatan ini, kami Pengerusi dan Pengerak MCG ingin mengambil kesempatan utk mengajak sahabat-sahabat dan masyarakat Islam semua agar kita menyebarkan info larangan ini seluas-luasnya dan memastikan agar budaya yang salah ini dijauhi dan ditinggalkan terus oleh umat Islam khususnya di negara kita Malaysia.
يَا مُثَبِّتَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ
"Wahai Zat yang meneguhkan hati, teguhkanlah hati kami di atas agama-Mu."
Moga usaha kecil kita ini akan mendapat dan meraih keredhaan dan perlindungan daripada Allah SWT untuk kesejahteraan dan keselamatan kita semua di dunia dan di Akhirat serta dijauhkan daripada terjerumus ke dalam lembah dosa dan maksiat.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global).