PERINGATAN LARANGAN MENYAMBUT HARI KEKASIH
February 13, 2024MCG Kasih Ramadan 1445H: Misi Bantuan Amal Soleh untuk Ummah di Bulan Mulia Ini
March 16, 20245 HARI LAGI MENUJU RAMADAN
Ayuh Bersama Jayakan Misi MCG Kasih Ramadan 1445H Untuk Menyantuni Saudara-saudara Kita Di Merata Pelusuk Dunia
Kempen Kutipan Dana MCG Aid4Gaza Masih Berjalan
Assalamualaikum WBT Sahabat-sahabat Yang Dikasihi Allah SWT.
Hari ini, 7hb. Mac 2024 bersamaan 26 Sya'ban 1445H. Berbaki hanya 5 hari sahaja untuk kita menerima kehadiran bulan Ramadan 1445H.
Ayuh sahabat-sahabat, teruskan berdoa agar kita diberi kesempatan menjadi tetamu di bulan Ramadan pada tahun ini. Moga Allah SWT sentiasa merahmati, mengampuni dosa2 kita,
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِى رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ
“Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’aban, serta sampaikanlah kami dengan bulan Ramadan.”
Sempena menerima kehadiran Ramadan, kali ini kami ingin kongsikan antara gelaran nama bagi bulan Ramadan berdasarkan kelebihan dan keistimewaan yang terkandung dalam bulan ini sebagai rujukan sahabat-sahabat:
-
Saiyidus Syuhur (Penghulu Segala Bulan)
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Seandainya manusia mengetahui keistimewaan Ramadan, nescaya mereka ingin supaya sepanjang tahun itu adalah Ramadan”
(Hadis Riwayat al-Thabrani, Ibnu Khuzaimah dan al-Baihaqi)
-
Syahrul Syiam (Bulan Puasa)
Firman Allah SWT:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”.
(Surah Al-Baqarah ayat 183)
-
Syahrul Jud (Bulan Murah Hati)
Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapat pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya”
(Hadis Riwayat al-Tirmidzi)
-
Syahrul Barakah (Bulan Keberkatan)
Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadan (dengan kelebihan yang lain): Bulan penuh keberkatan, Allah memfardhukan puasa atas kamu, dibuka pintu-pintu Syurga, dikunci pintu-pintu neraka, dibelenggu Syaitan (supaya tidak mengganggu umat Muhammad s.a.w. dari melakukan pelbagai ibadat), di dalam ada Malam Qadar iaitu satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tiada diberikan kebajikan malam itu maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebajikan kepadanya”
(Hadis Riwayat al- Nasai’e)
-
Syahrul Maghfirah (Keampunan)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
-
Syahrul Rahmah (Bulan Rahmat)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:
Maksudnya: Ketika Nabi SAW menaiki mimbar, Baginda SAW bersabda: “Amin, Amin , Amin (sebanyak 3 kali)”. Baginda SAW ditanya: “Wahai Rasulullah, apabila engkau menaiki mimbar, engkau telah berkata amin, amin , amin”. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Jibril AS telah datang kepadaku, lalu dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang bertemu dengan bulan Ramadhan tetapi tidak diampunkan baginya maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka serta dijauhkan (daripada rahmat) oleh Allah SWT. Katakanlah (wahai Muhammad): Amin. Maka aku katakan: Amin”.
(Hadis Riwayat Ibn Hibban)