Bulan Ramadhan yang Mulia: Nama dan Makna yang Mentakrifkan Kepentingannya
March 7, 2024Kempen Kutipan Dana Bantuan Kecemasan untuk Mangsa Kebakaran di Kuala Pilah
April 7, 2024MISI MCG KASIH RAMADAN 1445H
Ayuh Bersama-sama Jayakan Misi MCG Kasih Ramadan 4 Ummah Bagi Menyantuni Saudara2 Kita Di Merata Pelusuk Dunia
Langkah Bersama Mencari RedhaNya
Lebih Ramai Yang Menyumbang Lebih Ramai Yang Dapat Manfaat
Assalamu’alaikum wbt sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT. Ramadan Kareem.
Alhamdulillah. Malam ini kita akan memasuki hari ke6 Ramadan 1445H. Mari kita Bersama-sama memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas keizinanNya untuk kita terus berada di bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda :
“Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan ketaatan kepada Allah, serta mengharapkan keredhaannya, akan diampunkan semua dosanya yang telah lepas.”
Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim.
Sedikit Perkongsian Sebagai Motivasi Diri Untuk Kita Menghiasi Ramadan Al-Mubarak Tahun Ini Amalan2 Soleh Yang Dianjurkan Oleh Nabi SAW.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang didapati oleh orang yang beriman dari amalan dan kebaikan yang dia lakukan setelah dia mati adalah:
- Ilmu yang dia ajarkan dan sebarkan.
- Anak soleh yang dia tinggalkan.
- Mushaf al-Qur’an yang dia wariskan.
- Masjid yang dibina.
- Rumah bagi ibnu sabil (musafir yang terputus perjalanan) yang dia bina
- Sungai yang dia alirkan.
- Sedekah yang dia keluarkan dari harta ketika dia sihat dan hidup.
Semua itu akan dihubungkan dengannya setelah dia mati.”
Riwayat Ibn Majah (242), al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (3174). Hadith ini disahihkan oleh Ibn Khuzaimah dan dihasankan oleh al-Munziri.
https://muftiwp.gov.my/.../3560-bayan-linnas-siri-ke-194...
Kami kongsikan semula di sini agenda Misi MCG KasihRamadan 1445H untuk rujukan dan perhatian sahabat-sahabat semua bagi memeriahkan lagi di bulan Ramadan ini dengan amal soleh. Insha’Allah.
Di Manakah Lokasi Sasaran Misi #MCGKasihRamadan4Ummah Tahun Ini
Selain di Tanah Air kita Malaysia , negara-negara yang disasarkan untuk Misi Bantuan Kasih Ramadhan MCG kali ini adalah Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand, Bangladesh/Rohingya , Myanmar/Rohingya,Pakistan/Kashmir, India, Sri Lanka, Turkey/Syria, Syria, Gaza/Palestine, Yemen, Lebanon , Afghanistan , Chad, Ivory Coast, Niger, Cameroon, Sudan, Uganda, Nigeria, Comoros, Somalia, Gambia, Belarus, Poland, Bosnia, Perancis , UK, Canada, New Zealand dan beberapa negara baru yang akan kami umumkan kemudian, Insha’Allah.
MCG Mempunyai Perancangan Dan Sasaran Utama Penerima Seperti Mana Yang Dinyatakan Dalam Hadis Nabi SAW Tersebut. Misi Bantuan MCG Kasih Ramadan Untuk Ummah ini adalah kesinambungan daripada perancangan dan gerakerja yang telah kami rancang sebelum datangnya bulan Ramadan ini.
Siapakah Antara Sasaran Penerima Misi Bantuan MCG KasihRamadhan Ini?
-
Menyantuni Saudara2 Gaza Palestine, Syria, Yemen, Afghanistan, Rohingya Kita Yang Sedang Diuji Dengan Krisis Peperangan, Penindasan Dan Kezaliman.
-
Menyantuni Anak-anak Yatim, Anak-anak Keluarga Syuhadah, Dan Pelarian Di Dalam Dan Di Luar Negara Terutama Di Palestine, Syria, Yemen, Afghanistan, Kashmir (Pakistan), India, Chad, Nigeria, Uganda, Gambia Dan Beberapa Negara Lagi.
-
Menyantuni Anak-anak Dan Keluarga Asnaf, Keluarga Mualaf, Orang Kurang Upaya, Warga Emas Dan Orang Asli Di Dalam Negara Dan Di Negara-negara Umat Islam Dalam Kemiskinan Seperti Di Kemboja, India, Pakistan, Chad, Uganda, Nigeria Dan seumpamanya.
-
Menyantuni Golongan Pelajar-pelajar, Siswa-siswa Serta Pelarian-Pelarian Yang Merantau Dari Keluar Dari Negara Asal Mereka Dan Memerlukan Bantuan Kebajikan.
-
Menjayakan Misi MCG Wakaf4Ummah Bagi Membangunkan Masjid, Sekolah, Shelter, Tubewell Dan Menyebarkan Risalah Allah, AlQuran Di Merata Pelusuk Dunia.
-
Menghidupkan Aktiviti Dakwah Dan Kebajikan Di Bulan Ramadhan Di Dalam Dan Di Luar Negara.
Memandangkan permintaan dan rayuan yang terlalu banyak kami terima dari Saudara2 kita terutama dari negara-negara yang kami nyatakan di atas, maka kami MCG meletakkan sasaran kutipan semaksima yang boleh, agar Misi Bantuan MCG Kasih Ramadhan 1445H ini mencapai kejayaan yang meluas dan ramai saudara2 kita boleh manfaatnya.
Apapun nadi kejayaan usaha2 ini adalah dari sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua disamping keizinan dari Allah swt.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
Ayat 261, Surah Al-Baqarah.