MENYANTUNI ANAK-ANAK ROHINGYA
November 14, 2019THAILAND – WAKAF FOR UMMAH
November 20, 2019Tahukah anda bahawa separuh daripada 7,000 pelarian Syria tahun ini adalah kanak-kanak? Penderitaan kanak-kanak di Syria semakin teruk dan berleluasa. Situasi mereka langsung tidak selamat dan mereka kerapkali berhadapan peperangan dan keganasan. Mereka juga terpaksa hidup dalam serba kekurangan di mana mereka tidak mempunyai makanan mahupun keperluan asasi seperti air, pakaian, dan tempat tinggal. Pada tahun 2014 sahaja, dianggarkan seramai 76,000 rakyat Syria yang terkorban dalam peperangan yang berlaku dalam negara Syria. Akibat daripada peperangan tersebut, dianggarakn lebih kurang 1 juta rakyat menjadi OKU akibat daripada peperangan tersebut.
Sejak tahun 2011, Syria merupakan negara yang mengalami konflik yang berterusan. Negara tersebut berada dalam kancah peperangan terburuk. Pemberontakan dalaman, ekonomi mereka hancur dan berlakunya tekanan politik menyebabkan rakyat Syria merana.
Keadaan semasa yang sedang ditempuhi, impian tersebut tidak mungkin akan terjadi melainkan dengan keizinan Allah swt. Tekanan hidup dalam keadaan serba kekurangan serta kehadiran musim sejuk adalah sesuatu yang amat menakutkan. Keadaan sebegini sering kali membawa mereka berhijrah meninggalkan tanah air tercinta bagi memburu sedikit keselesaan yang tidak pasti sehingga mengakibatkan digelar sebagai ‘PELARIAN’.
Kini, Syria dan kawasan disekitarnya sedang mula diselubungi kesejukan. Paras rendah suhu sehingga mencecah negatif mampu mencengkam badan serta tulang malahan terkesan pada jiwa dan raga mereka terutama kanak-kanak. Kedatangan musim sejuk amat membimbangkan saudara-saudara Syria kita yang tinggal di dalam negara mereka yang masih bergolak dengan krisis peperangan berterusan selama 8 tahun.
Menghadapi cuaca sejuk yang membekukan dalam keadaan kekurangan bekalan makanan, pakaian, selimut, ubat-ubatan, kemudahan kesihatan, tempat tinggal yang tidak mempunyai sistem pemanas udara dan keperluan lain, mengakibatkan makin ramai saudara Syria menderita dan mengundang kematian khususnya kanak-kanak.
Ayuh rakyat Malaysia kita mulakan tindakan yang boleh dilakukan untuk membantu saudara-saudara Syria yang masih berada di sana :
- Menyumbang melalui tabung Winter Aid For Syria yang MCG sedang usahakan ini. walaupun dengan jumlah yang sedikit kerana Insha’Allah, sedikit yang disertai dengan keikhlasan akan mengundang keberkatan yang berterusan kepada pember dan penerima sumbangan.
- Menjemput MCG untuk berkongsi serta pengalaman tentang Syria serta melancarkan kutipan dana Winter Aid For di syarikat, institusi, masjid, sekolah dan seumpamanya bagi menyebarkan kesedaran dan rasa ambil peduli dikalangan masyarakat kita ke atas isu Syria.
- Menyebarkan serta berkongsi info ini seluas mungkin melalui Whatsap, Facebook, Instagram agar kempen membantu saudara-saudara Syria ini mendapat sokongan dan sumbangan yang maksima.
- Tidak lupa untuk terus berdoa memohon kesejahteraan dan perlindungan dari Allah swt saudara-saudara Syria, Palestine, Yemen, Rohingya, Uyghur dan di serata pelusuk dunia.
MCG sedang berusaha menganjurkan kempen kutipan dana bantuan kebajikan untuk saudara-saudara Syria kita yang berada di Turki dan di beberapa lokasi termasuk di Eropah bagi menghadapi musim sejuk yang bakal tiba hujung tahun ini.
#WinterAid4Syria ini bertujuan bagi menghantar bantuan segera untuk:
- Bantuan Persiapan Menghadapi Musim Sejuk.
- Bantuan Kesihatan dan Perubatan.
- Bantuan Tajaan Pendidikan.
- Bantuan untuk Anak-Anak Yatim
- Bantuan Kebajikan Foodpack.
- Bantuan Set Pakaian Musim Sejuk untuk Kanak-Kanak.
- Bantuan Operasi Kilang Roti
Pada 19 – 26 Januari 2020, seramai 20 orang delegasi dikalangan sukarelawan dan penderma MCG akan menyertai misi Winter Aid Syria, mereka akan menilai sendiri usaha-usaha yang dilakukan oleh MCG dan rakan NGO kami di Turki dalam membantu pelarian Syria. Segala kos operasi misi ditanggung oleh peserta misi sendiri.
Mohon sahabat-sahabat kongsikan info Ini seluas mungkin agar dapat membantu serta mendapat sokongan dan sumbangan yang sangat meluas. Dengan bantuan dan sumbagan sahabat-sahabat, sumbangan ini memastikan kilang roti akan dapat beroperasi dan menyediakan makanan kepada sekurang-kurangnya 80,000 rakyat syria sehari.
Selain daripada itu, tajaan untuk anak-anak syuhada’ Syria akan memastikan mereka mendapat pendidikan dan berupaya menguruskan diri mereka disamping membina semula negara Syria serta memastikan nasib para pelarian Syria terbela. InsyaAllah, kerjasama sahabat-sahabat dalam bersedekah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan akan bertambah rezeki serta memperoleh keberkatan dan mendapat ganjaran dunia dan akhirat.
KAEDAH SUMBANGAN
1. Perbankan Internet :
Penama : PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
No. Akaun Maybank : 5624-7816-8967
No. Akaun RHB BANK : 2-12523-6001152-6
- Anda mesti memasukkan emel muslimcareglobal@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
- Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran ke nombor yang diberikan jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
- Maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
2. Billplz :
*Caj Pengendalian : RM 1.50