
100 KELUARGA ASNAF MENDAPAT MANFAAT
December 25, 2019
TABUNG COVID-19
March 23, 2020
Pernahkah anda bayangkan hanya berbuka dengan segelas air? Atau hanya menjamah daging lembu setahun sekali? Atau berbuka puasa berbumbungkan langit kerana hancurnya rumah yang selama ini didiami?
Itulah senario yang sedang berlaku di Palestin, Syria, Afrika dan banyak lagi tempat. MCG ingin mengajak saudara semua untuk membantu menghilangkan dahaga dan mengisi kekosongan perut yang saban hari ditanggung oleh saudara-saudara kita. Anak-anak yatim juga perlukan belaian kasih sayang, fakir miskin mesti terus dibantu agar mereka tidak pernah putus harapan dan tahu bahawa masih ada yang menyayangi, orang asli dan warga muallaf perlu sentiasa didekati agar keimanan mereka bertambah kuat dan tali persaudaraan kita semakin erat.
Jom bersama MCG. Kasih Ramadhan 1441 H akan dijalankan di Malaysia dan lebih 20 negara. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ganjaran pahala berlipat ganda dalam bulan mulia, bulan Ramadan.
Antara penerima sumbangan Kasih Ramadhan 1441H adalah :
1. Fakir Miskin
2. Pelarian perang
3. Rakan-rakan jalanan (Gelandangan)
4. Orang Asli dan Muallaf
Ayuh! masih ada masa untuk kita bertindak. Lebih ramai yang akan mendapatkan manfaat dan kasih sayang jika saudara/saudari menyumbang bersama MCG.
Apa yang boleh anda bantu?
1. Jamuan berbuka puasa RM 100 sekeluarga
2. Pek makanan asas sebulan RM 100
3. Sumbangan anak yatim RM 20/Lot
4. Wakaf Masjid RM 30/Lot
5. Sumbangan Umum Kasih Ramadhan RM 30
KAEDAH SUMBANGAN
1. Perbankan Internet :
Penama : PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
No. Akaun Maybank : 5624-7816-8967
No. Akaun RHB BANK : 2-12523-6001152-6
- Anda mesti memasukkan emel muslimcareglobal@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
- Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran ke nombor yang diberikan jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
- Maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya :
2. Perbankan Dalam Talian – Billplz : “RECOMMENDED”
*Caj Pengendalian : RM 1.50