RUMAH UNTUK SYRIA
September 2, 2020BANTUAN MUSIM SEJUK
December 24, 2020PEMBINAAN FASA 1 : SASARAN RM500,000
MCG telah dijemput untuk berunding bersama jawatankuasa Masjid Al-Jamee Al-Islami, Phnom Penh dan kontraktor mereka di Phnom Penh Kemboja untuk membantu membina semula masjid mereka yang telah lama dan sudah tidak dapat menampung jemaah di kawasan mereka setiap kali solat.
Rasulullah SAW pernah bersabda: “Barang siapa membangun masjid (melibatkan diri dengan usaha bersama) kerana Allah walaupun sebesar sarang burung atau lebih kecil, maka Allah akan bangunkan baginya rumah di syurga.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Perbincangan wakil pihak MCG bersama kontraktor tempatan di Kemboja
Melihat akan potensi yang dimiliki dan lokasi yang strategik, MCG mengemukakan plan cadangan untuk membina sebuah kompleks masjid berbentuk Qubbat As-Sakhrah (Dome Of Rock) yang dikenali sebagai simbol di Baitul Maqdis, Palestine. Maklumat yang kami terima, peluang utk membina masjid di Phnom Penh amat sukar berbanding peluang di kawasan luar bandar.
Inspirasi Imej Qubbat As-Sakhrah (Dome Of Rock) di Baitul Maqdis, Palestine
Gambaran Artis Mengenai Masjid Al-Quddus Yang Menyerupai Dome of The Rock di Palestine
Gambaran Artis Mengenai Masjid Al-Quddus Yang Menyerupai Dome of The Rock di Palestine
Mengapa MCG membantu pembangunan masjid ini?
1. Memberi peluang umat Islam di Kemboja menzahirkan syiar islam di kawasan ibu kota mereka melalui masjid yang berperanan sebagai pusat pembangunan rohani, pendidikan, dakwah dan pembangunan ekonomi ummah.
2️. Mendidik ummah bersatu atas konsep Ta’awun membina masjid disamping meraih ganjaran pahala bersama.
Pelajar Tahfiz berada di dalam Masjid yang akan dibangunkan
3️. Media dakwah untuk umat Islam dan bukan Islam melihat dan merasai keindahan Islam.
4️. Meningkatkan lagi pengetahuan masyarakat Islam setempat serta negara di sekitarnya memahami dan menghayati Islam secara lebih dekat lagi.
Perbincangan pihak MCG bersama kontraktor tempatan di Kemboja
5️. Membuka peluang dan ruang untuk menerang berkenaan Islam khususnya kepada pihak berkuasa tempatan ketika perjumpaan dan mesyuarat dengan mereka.
6️. Mengumpul ahli-ahli profesional dan pengusaha industri binaan Muslim dari Malaysia untuk membimbing masyarakat Muslim Kemboja terutama dalam aspek pembinaan bangunan yang lebih ekonomik tanpa mengabaikan nilai estetika.
7. Mendekatkan ummah serta masyarakat global berkaitan isu di bumi Syam dengan sentuhan imej senibina yang diketengahkan menjadi mercu tanda syiar Islam di rantau Indo-China.
Kerja-Kerja “Soil Test” di Tapak Asal Masjid
Untuk makluman pembinaan fasa 1 projek ini telah bermula pada pertengahan bulan Februari 2020 lalu dengan kerja-kerja “soil test”. Namun ianya dana untuk kerja-kerja fasa 1 ini masih lagi minima sumbangannya. Sasaran RM 500,000 diperlukan untuk kerja-kerja pada peringkat Fasa 1 ini.
Sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat amat diperlukan bagi menjayakan projek ini. Seperti yang kami nyatakan di atas, kejayaan projek ini amat besar manfaat dan impaknya dalam membangunkan syiar Islam di Kemboja serta serata Indo-China.
Menyantuni Penduduk Islam Kemboja yang menjadikan Perahu sebagai Tempat Tinggal di Sungai Mekong
Ayuh bersama MCG bagi meneruskan kerjasama melalui konsep Ta’awun dalam membantu ummah terutama membantu bersama. Semoga usaha ini menjadi asbab utk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di dunia dan di Akhirat.