MENYELUSURI DAKWAH UNTUK UMMAH
June 18, 2020KOMPLEKS MASJID AL-QUDDUS PHNOM PENH KEMBOJA
November 19, 2020Krisis Politik atau Perang saudara yang melibatkan konflik dalaman Syria telah berlaku sejak 2011.
Menurut PBB pada 2015 sebanyak lebih 17,925 hingga 25, 170 rakyat telah terbunuh dah separuh daripadanya adalah orang awam.
Sejak tercetusnya krisis berdarah di Syria, ribuan rakyat terpaksa melarikan diri bagi mencari perlindungan.
Petugas MCG bersama pelarian Syria di kawasan penempatan Syria
Penempatan Pelarian Syria
MCG dengan kerjasama IHH, sebuah NGO Turki membangunkan Rumah Untuk Syria sekaligus membantu pelarian mendapatkan sebuah perlindungan.
MCG mensasarkan sebanyak 200 unit Shelter untuk 200 buah keluarga dengan anggaran RM2,000 seunit akan dibina bagi menempatkan saudara-saudara pelarian Syria untuk menggantikan kediaman mereka yang sebelum ini hanya tinggal di khemah yang tidak kukuh dan mudah reput .
Lokasi Pembinaan 200 Unit Shelter akan dibina di kawasan yang terletak di daerah Idlib, Syria. Kawasan tersebut diisytiharkan sebagai Zon Hijau (Selamat).
Shelter Untuk Pelarian Syria Yang Sedang Dibina
Kanak-Kanak Syria Di Hadapan Shelter Yang Siap Dibina
Alhamdulillah pada November 2020, sebanyak 120 unit pertama projek Shelter telah berjaya disiapkan dan telah diserahkan kepada saudara-saudara Syria bagi menampung kehidupan serta meringankan penderitaan terutama dalam menghadapi musim sejuk yang sedang dihadapi oleh mereka. Kini, 80 unit masih lagi berbaki dan masih melambai-lambai pemiliknya.
Firman Allah SWT :
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا تُحِلُّوا۟ شَعَٰٓئِرَ ٱللَّهِ وَلَا ٱلشَّهْرَ ٱلْحَرَامَ وَلَا ٱلْهَدْىَ وَلَا ٱلْقَلَٰٓئِدَ وَلَآ ءَآمِّينَ ٱلْبَيْتَ ٱلْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلًا مِّن رَّبِّهِمْ وَرِضْوَٰنًا ۚ وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَٱصْطَادُوا۟ ۚ وَلَا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَـَٔانُ قَوْمٍ أَن صَدُّوكُمْ عَنِ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ أَن تَعْتَدُوا۟ ۘ وَتَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْبِرِّ وَٱلتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا۟ عَلَى ٱلْإِثْمِ وَٱلْعُدْوَٰنِ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلْعِقَابِ
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya) – (Surah al-Ma’idah, ayat 2)
Peserta Misi Winter Aid Syria Bersama Pelarian Syria Di Tapak Shelter
Shelter Untuk Pelarian Syria Siap Dibina
Sumbangan berterusan amat diperlukan bagi meringankan beban yang ditanggung oleh saudara-saudara kita disana.
InshaAllah, semoga rasa simpati yang Allah titipkan dalam hati kita buat mereka yang sangat memerlukan, sudah tersedia ganjaran di syurga kelak.
“Apabila mati seorang manusia, maka terputuslah daripadanya amalan-amalanya kecuali tiga perkara, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, atau doa anak yang soleh.” (Riwayat Muslim, Al-Nasa’i,Al-Tirmizi, dan Abu Daud)