PENERIMA HATI PERTAMA MALAYSIA MENINGGAL DUNIA
March 3, 2021WAKAF FOR UMMAH
March 5, 2021Sempena Kehadiran Bulan Ramadan Al-Mubarak, kami MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global) akan meneruskan penganjuran Misi Bantuan Kasih Ramadan bagi tahun 1442H / 2021.
Menyantuni Komuniti Rohingya di Klang
Foodpack untuk Komuniti Rohingya di Kem Pelarian Rohingya Cox’s Bazar Bangladesh
Selain di Malaysia, negara-negara yang disasarkan untuk dijalankan Misi Bantuan Kasih Ramadan kali ini adalah Indonesia, Kemboja, Vietnam, Thailand, Bangladesh (Rohingya), Pakistan, India, Sri Lanka, Turkey, Syria, Palestine, Yemen, Chad, Uganda, Nigeria, Comoros, Somalia, Gambia, Belarus, Poland, Bosnia, United Kingdom, Kanada, New Zealand dan beberapa negara baru yang akan diumumkan.
Misi Kasih Ramadan 1441H di Kashmir Pakistan
Antara sasaran misi bantuan ini:
- Menyantuni saudara-saudara Palestine, Syria, Yemen, Rohingya kita yang sedang diuji dengan krisis peperangan, penindasan dan kezaliman
- Menyantuni anak-anak yatim dan keluarga syuhada’ serta pelarian di dalam dan luar negara terutama di Syria, Palestine, Yemen, Kashmir (Pakistan), India, Chad, Nigeria, Uganda, Gambia dan beberapa negara.
Misi Kasih Ramadan 1441H di Chad
- Menyantuni anak-anak keluarga asnaf, keluarga mualaf, Orang Kurang Upaya dan Orang Asli di dalam negara dan di negara-negara Islam yang berada dalam kemiskinan seperti di Kemboja, India, Pakistan, Chad, Uganda, Nigeria dan seumpamanya.
- Menyantuni golongan pelajar yang memerlukan bantuan.
Misi Kasih Ramadan 1441H di Kemboja
- Menjayakan Misi MCG Wakaf4Ummah bagi membangunkan masjid, sekolah, tubewell (pam air / sumber air bersih) dan menyebarkan mushaf Al-Quran di serata dunia.
- Menghidupkan aktiviti dakwah dan kebajikan pada bulan Ramadan sama ada di dalam dan di luar negara.
Firman Allah SWT:
“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”
(Ayat 261, Surah Al-Baqarah)
Ayuh sahabat-sahabat, teruskan bersama MCG untuk meneruskan momentum bulan Ramadan bagi menjayakan pelbagai misi dan program yang kami rancang dalam usaha menyantuni saudara-saudara Islam yang hidup dalam kesusahan di serata dunia, di samping mempamerkan keindahan Islam kepada mereka yang bukan Islam.