TAKZIAH MANGSA LETUSAN GUNUNG BERAPI SEMERU
December 7, 2021HARI KEPUTERAAN SULTAN SELANGOR
December 11, 2021Assalamu’alaikum wbt sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah, pada bulan Oktober & November 2021, MCG telah berjaya mengagihkan barangan sumbangan Agihan Fidyah MAIS (AFM) buat kali yg ke-2 dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk wakil penduduk setempat, wakil masjid, surau dan sebagainya.
MCG yg bernaung di bawah PIBK MAIS telah diberi amanah bagi menjayakan Program Agihan Fidyah MAIS buat kali yg ke-2 untuk membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang terjejas akibat Covid-19 di sekitar Selangor. Sesungguhnya, Amanah ini adalah sebuah pengiktirafan yang besar dari MAIS kepada MCG bagi membantu melaksanakan tanggungjawab membantu saudara-saudara kita yang memerlukan khususnya di Negeri Selangor.
Agihan Fidyah MAIS berbentuk barangan keperluan asas ini telah berjaya diagihkan kepada 61 keluarga yg terdiri daripada golongan yang terjejas pendapatan akibat Covid-19.
Mudah mudahan dengan bantuan yang disalurkan ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara-saudara kita yang diuji dengan pelbagai ujian sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 melanda dunia khususnya negara kita Malaysia.
Program agihan ini bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan malahan ianya juga dapat mewujudkan semangat kerjasama dalam kalangan semua entiti yang terlibat baik di pihak MAIS mahupun dari kalangan kami AJK MCG, Sukarelawan MCG, pihak masjid, surau dan juga wakil-wakil masyarakat setempat. Alhamdulillah.
Surah Al-Maidah Ayat 2, Allah SWT berfirman:
”Dan tolong-menolong lah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan. Dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya seksa Allah sangat berat.”
Di kala Pandemik Covid-19 ini melanda, ramai dalam kalangan masyarakat kita yang terkesan sama ada dari sudut mental mahupun ekonomi. Kami MCG saban hari menerima panggilan dan mesej-mesej rayuan permohonan bantuan dari saudara-saudara yang mengalami kesempitan hidup.
Terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sahabat-sahabat dan semua penderma atas segala sokongan dan sumbangan bagi menjayakan usaha-usaha membantu ummah ini.
Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT melindungi kita semua dari diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi.
Semoga Allah swt sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.
Allahumma Aamiin.