MISI MCG BANTUAN KEBAJIKAN BUAT SYRIA
June 2, 2021SELAMAT HARI ALAM SEKITAR
June 5, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dimuliakan oleh Allah SWT. Salam Jumaat.
Mengambil berkat malam Jumaat, bagi meneruskan momentum beramal sambil membantu ummah di bulan Ramadan lalu, kami NGO MCG ingin mengajak sahabat2 semua untuk bersama-sama menjayakan Misi MCG Ibadah Qurban dan Aqiqah 2021 untuk Ummah yang bakal kami anjurkan di beberapa lokasi di dalam dan luar negara.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Misi #MCGQurban4Ummah tahun ini akan disasarkan di lokasi-lokasi yang terpilih atas tujuan tuntutan semasa yang mendesak seperti dinyatakan di bawah ini:
- Palestine, Syria Dan Yemen: Lokasi-lokasi ini menjadi pilihan utama kerana di sana saudara-saudara kita diuji dengan krisis kezaliman, peperangan, pergolakan dalam negara dan seumpamanya.
- Kashmir(Pakistan @ India), Bangladesh (Rohingya), Chad, Comoros, Nigeria, Sudan, Uganda, Gambia, Somalia, Cameron, Ivory Coast dan Niger: Di lokasi-lokasi ini menuntut agar saudara-saudara kita dibantu atas sebab mereka ditimpa ujian kesusahan, kemiskinan dan kelaparan.
- India, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka: Saudara-saudara kita di lokasi ini, hidup sebagai golongan minoriti disamping hidup dalam kedhaifan dan kemiskinan.
- Belarus, Bosnia, Poland Dan New Zealand: Saudara-saudara kita di lokasi-lokasi ini, ada yang terdiri dari golongan minoriti yang perlu dibantu bagi menghidupkan tuntutan Syiar Islam dan ianya menjadikan medium untuk menyatukan masyarakat Islam.
- Malaysia & Indonesia: Tertumpu di lokasi-lokasi terpilih yang memerlukan bantuan sumbangan Qurban disebabkan kemiskinan dan kesempitan hidup akibat Pandemik Covid-19 dan bencana yang menimpa.
Jazaakallahu khairan kepada sahabat-sahabat dan semua penderma di atas sokongan serta sumbangan bagi menjayakan berbagai misi yang diusahakan oleh NGO MCG. Nadi gerakerja MCG adalah sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua disamping bantuan dari Allah swt.
Semoga sifat pemurah hati dan keikhlasan sahabat-sahabat semua akan dibalas dengan ganjaran yang lumayan oleh Allah swt di dunia dan di Akhirat, InshaaAllah.
Aamiin Ya Rabbal’Alamiin.