DIRGAHAYU TUANKU
June 7, 2021MCG QURBAN FOR KASHMIR
June 17, 2021Assalamu’alaikum WBT sahabat- sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah, MCG yang bernaung di bawah PIBK MAIS telah diberi amanah bagi menjayakan Program Agihan Fidyah MAIS untuk saudara-saudara yang terjejas akibat Covid-19.Program Agihan Fidyah berbentuk barangan keperluan ini telah berjaya diagihkan kepada 56 orang penerima.
Mudah mudahan usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi kelegaan kepada saudara-saudara kita yg diuji dengan pelbagai ujian sepanjang tempoh Pandemik Covid-19 melanda dunia khususnya negara kita Malaysia.
Agihan Fidyah ini telah berjaya diagihkan di beberapa kawasan di sekitar Selangor bukan sahaja dapat membantu golongan yang memerlukan malahan ianya juga dapat mewujudkan semangat kerjasama di kalangan semua entiti yang terlibat baik di pihak MAIS mahupun dari kalangan kami AJK MCG, Sukarelawan MCG dan juga wakil-wakil masyarakat setempat. Alhamdulillah.
Surah Al-Maidah Ayat 2, Allah SWT berfirman:
” Dan tolong-menolong lah kamu dalam kebaikan dan ketakwaan. Dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwa lah kamu kepada Allah, sesungguhnya siksa Allah sangat berat.”
Di kala Pandemik Covid-19 ini melanda, ramai dalam kalangan masyarakat kita yg terkesan sama ada dari sudut mental mahupun ekonomi. Kami MCG saban hari menerima panggilan dan mesej-mesej rayuan permohonan bantuan dari saudara-saudara yang mengalami kesempitan hidup.
Seperti biasa nadi kekuatan utk kami membantu saudara-saudara kita yang memerlukan bantuan ini adalah sokongan Sahabat-Sahabat Penderma semua disamping sentuhan dari Allah SWT.
Terima kasih kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), sahabat-sahabat dan semua penderma atas segala sokongan dan sumbangan bagi menjayakan usaha-usaha membantu ummah ini.
Sama-sama kita berdoa semoga Allah SWT melindungi kita semua dari diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan menganugerahkan ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang diuji ini.
Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di akhirat.
Allahumma Aamiin.