DANA UNTUK PROPERTY DI BELARUS
June 24, 2021TABUNG COVID-19 TERUS DIJALANKAN
July 7, 2021اللهم صلى على سيدنا محمد
Salam Sayyidul Ayyam diucapkan kepada sahabat-sahabat semua yang dirahmati Allah SWT.
Di malam Jumaat yang penuh keberkatan ini, kami NGO MCG ingin mengambil kesempatan untuk melancarkan Kempen Kutipan Dana Kebajikan bagi membantu meringankan kesusahan yang dihadapi oleh Kak Long Nurfarra bersama 4 adiknya yang terpaksa meneruskan kehidupan tanpa ibubapa mereka.
5 beradik ini baru sahaja kehilangan ibu kesayangan mereka yang juga merupakan seorang ibu tunggal. Ibu mereka telah meninggal dunia setelah koma hampir dua bulan di ICU Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar akibat terlibat dalam kemalangan jalan raya pada bulan Ramadan lepas.
Berita sedih yang menyelubungi 5 beradik ini telah diajukan oleh Kelab Senibina PUO 84/86 kepada kami MCG dan mengajak MCG untuk bersama-sama mereka membantu 5 beradik ini.
Kami MCG telah mengambil insiatif menghubungi untuk bertanya khabar dan memohon kebenaran daripada Kakak Sulung kepada 5 beradik ini, untuk kami MCG melancarkan kempen kutipan dana kebajikan bagi membantu meringankan ujian yang dihadapi oleh mereka.
Memetik beberapa tulisan akhbar, keluarga yang berasal dari Kampung Pasir Puteh Tualak, Nurfarra Asyikin Norazmi Kakak Sulung yang berusia 20 tahun ini menyatakan bahawa mereka 5 beradik reda dengan takdir tersebut walaupun kini sudah hilang tempat bergantung. Menurutnya lagi, arwah ibu mereka juga berpesan kepadanya untuk menjaga adik-adiknya dan jangan biarkan mereka berpisah dalam apa juga keadaan.
Mengimbas kembali tragedi yang meragut nyawa ibu kesayangan mereka itu, cerita Nurfarra, ia berlaku ketika ibunya mahu pulang ke rumah dari tempat kerja di Pekan Kuala Nerang.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda yang bermaksud:
“Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”.
(Hadis Riwayat Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi Hadis ke 36)
Terima kasih kepada Kelab Senibina PUO 84/86 atas kesudian melibatkan kami MCG dalam usaha untuk membantu meringankan kesusahan yang dihadapi 5 beradik ini.
Ayuh sahabat-sahabat bersama kami NGO MCG, kita kongsikan sedikit anugerah dan nikmat yang kita terima dari Allah SWT bagi membantu saudara-saudara kita yang diuji dengan kesusahan dan kesempitan hidup.
Mari kita bersama-sama sedekahkan doa, semoga Allah swt menganugerah kesejahteraan dan kemudahan serta pimpinanNya buat 5 beradik ini utk meneruskan kehidupan mereka demi kejayaan di dunia dan di Akhirat.
Semoga Allah SWT menerima keikhlasan kita ini sebagai amalan soleh dan membalasnya dengan ganjaran Syurga di Akhirat kelak.
Aamiin Ya Rabbal’Alamiin.