MALAYSIA KEHILANGAN PERMATA SENI TANAH AIR
August 9, 2021SELAMAT HARI KEBANGSAAN
August 31, 2021Kelmarin. Isnin. 23hb. Ogos 2021.
Sedikit perkongsian pengalaman MCG menyantuni saudara-saudara kita di kaki Gunung Jerai.
Fasa pembersihan telah hampir selesai. Fasa seterusnya adalah membangunkan semula harapan dan kehidupan saudara-saudara kita yang ditimpa bencana ini.
Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, MCG berjaya mengagihkan beberapa keperluan rumah seperti dapur, rice cooker, bantal, selimut, kit solat dan sedikit pek makanan. Dengan sokongan dan sumbangan yang berterusan daripda sahabat-sahabat semua, Insha’Allah, kami MCG akan mengusahakan misi susulan dalam masa terdekat.
MCG ingin mengajak sahabat-sahabat penderma untuk menyumbang bagi menaja pakej-pakej bantuan yang kami usahakan iaitu:
- Kit solat (telekung, kain pelekat, sejadah, buku Fiqh Ibadah Masa Bencana) RM100/1Lot.
- Keperluan asas rumah (dapur, rice cooker, bantal, selimut dan seumpamanya) RM100/1Lot.
- Bantuan kebajikan mangsa banjir RM100/1Lot.
- Pek makanan RM100/Keluarga.
Dari Nu’man bin Basyir RA berkata Rasulullah SAW: “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling menyantuni adalah bagaikan satu tubuh; jika salah satu anggota tubuh merasakan sakit, niscaya seluruh anggota tubuh lainnya ikut merasakannya dengan tidak bisa tidur dan demam.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Terima kasih YB Al-Fadhil Ustaz Mohd Azam Abdul Samat dan petugas-petugas di Pusat Operasi Banjir Jerai, Yan, Kedah atas penerangan dan kerjasama. Terima kasih kepada sahabat dan penderma MCG yang terus menerus mendoakan dan menyumbang bagi menjayakan misi-misi di dalam dan di luar negara.
Moga Allah SWT menganugerahkan ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang sedang diuji dengan bencana banjir ini.
Moga segala sokongan dan kerjabuat ini mendapat perhatian dari Allah swt dan membalasnya dengan ganjaran yang lumayan.
Aamiin Allahumma Aamiin.