SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA
September 29, 2021SELAMAT HARI OKU SEDUNIA
December 3, 202120 hb. November merupakan Hari Kanak-Kanak Sedunia yang disambut pada setiap tahun di seluruh dunia sebagai satu penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi kanak-kanak kerana mereka inilah yang bakal menjadi pelapis pemimpin masa depan negara dan Islam.
Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Pengerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Kanak-kanak Sedunia kepada semua kanak-kanak di Malaysia khususnya.
Setiap anak yang dilahirkan ibarat kain putih, menjadi tanggungjawab ibu bapa dan kita semua untuk mendidik dan membimbing mereka kearah kebaikan & kebenaran.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak atas segala usaha dan keprihatinan dalam memperjuangkan & memelihara hak serta masa depan kanak-kanak di Malaysia.
Semoga Allah SWT menganugerahkan ketenangan, kesabaran dan ganjaran yang lumayan kepada ibu bapa serta semua pihak yang tidak pernah jemu berjuang mendidik anak-anak menjadi seorang yang berilmu & berakhlak mulia.
Allahumma Aamiin.