MCG KASIH RAMADAN MENYAPA SAUDARA DI GAZA
May 6, 2021SELAMAT HARI JURURAWAT
May 12, 2021Mengambil kesempatan Sempena Hari Ibu yang jatuh pada hari ini 9hb. Mei 2021, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua insan yang bergelar ibu di luar sana.
Islam meletakkan ibu ditempat yang paling selayaknya, begitu juga dengan bapa. Seorang ibu berhak mengambil haknya terhadap anak-anaknya dan seseorang anak itu tidak boleh langsung mempertikaikan hak ibu dan bapa mereka terhadap dirinya.
Perkara ini dikatakan sendiri oleh Rasulullah SAW mengenai insan bergelar ibu,
Daripada Abu Hurairah RA :
Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud :
‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’.
Maka Rasulullah SAW menjawab:
أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أُمُّكَ ثُمَّ أَبُوكَ
Maksudnya: Ibu kamu (adalah manusia yang paling berhak untuk kamu berbuat baik kepadanya), kemudian ibu kamu, kemudian ibu kamu, kemudian bapa kamu.
(Hadis Riwayat Muslim)
Ibu merupakan seorang individu yang terkuat, terhebat dan terbaik di dunia. Cinta dan kasih sayang seorang ibu merupakan cinta yang abadi dan luar biasa. Pengorbanan yang disalurkan dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya adalah suatu pengorbanan yang tidak terbalas.
Justeru, MCG ingin mengajak kepada diri sendiri dan sahabat-sahabat semua untuk terus menerus sentiasa berbakti dan memuliakan ibubapa kita tanpa menunggu hari-hari tertentu kerana redha Allah SWT itu terletak pada redha ibubapa kita.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا
Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”
Semoga Allah SWT membalas segala penat lelah dan pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibubapa kita dengan menempatkan kedua2 mereka dikalangan hamba-hambaNya yang mendapat perlindungan serta keredhaanNya di dunia dan di Akhirat.
Allahumma Aamiin.