TEAM MISI BANTUAN MUSIM SEJUK KE TURKI
February 21, 2021PENERIMA HATI PERTAMA MALAYSIA MENINGGAL DUNIA
March 3, 20211 hb Mac 2021. Selamat Menyambut Hari Tentera Darat Yang Ke-88 buat seluruh Tentera Darat Malaysia.
Moto yang menjadi lambang bagi menjamin keselamatan rakyat dan negara “Sinergi Tentera Darat dan Rakyat”
Di kesempatan ini, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan NGO MCG ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh anggota tentera Malaysia yang sentiasa berusaha memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara disaat dunia sedang diuji dengan wabak Covid-19.
Tatkala wabak Covid-19 melanda negara, anggota tentera telah menjalankan komitmen serta melaksanakan tugas dengan sangat komited dalam menjaga keselamatan negara agar semuanya dalam keadaan terkawal.
Tanpa mengira siang atau malam, anggota tentera kita memberi komitmen tanpa berbelah bahagi bahkan mengorbankan segalanya semasa-mata untuk memastikan rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang selamat, sejahtera dan terjaga. Jelas ini menunjukkan bahawa anggota tentera sentiasa meletakkan kepentingan rakyat Malaysia sebagai satu keutamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada anggota tentera Malaysia dan semua barisan hadapan di atas pengorbanan anda semua bagi memastikan kesejahteraan rakyat dan negara ini terus terpelihara.
Semoga Allah swt sentiasa merahmati kalian dan memelihara kita semua.
Allahumma Aamiinn.