SELAMAT HARI BELIA NEGARA
May 15, 2021BANTUAN RAKAN JALANAN DI JALAN CHOW KIT
May 16, 2021Tanggal 16 hb. Mei setiap tahun merupakan hari yang penuh bermakna kepada insan yang bergelar guru.
Guru merupakan insan yang sangat dimuliakan di dalam Islam dan diberi kedudukan yang tinggi sesuai dengan peranannya yang sangat penting dalam mencorak masa hadapan anak muridnya juga ummah keseluruhannya.
Firman Allah SWT:
يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍ ۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Surah Mujadalah, ayat 11)
Tema yang dikekalkan seperti tahun lalu “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu” menunjukkan bahawa pentingnya peranan seorang guru dalam memberi pendidikan kepada ummah. Hari Guru disambut bagi menghargai jasa dan pengorbanan seorang guru.
Jasa guru-guru ini tidak sekadar dikenang semasa sambutan Hari Guru sahaja bahkan ia patut dihargai sepanjang masa. Lahirnya seorang tokoh yang hebat di dunia ini adalah hasil dari didikan golongan guru yang mulia ini.
Justeru dikesempatan ini, Kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar guru yang banyak berjasa kepada ummah di negara ini.
Semoga Allah merahmati kehidupan guru-guru kita semua dan semoga segala keikhlasan dan pengorbananmu dibalas oleh Allah SWT dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.
Allahumma Aamiin.