MISI MCG CHARITY AID 4 TAWAU
March 18, 2022MISI BANTUAN KEBAJIKAN DI KELANTAN
March 23, 2022
Assalamu’alaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua Misi Bantuan Musim Sejuk Untuk Saudara-Saudara Kita Di Yemen telah berjaya diagihkan.
Laporan yang kami terima dari PIC kami di Yemen, disebabkan suasana di Yemen tidak menentu, Misi MCGWinterAid4Yemen kali ini tidak dapat dilaksanakan dalam bentuk agihan bantuan makanan dan jamuan.
Suasana semasa di sana, masyarakat tempatan tidak dibenarkan berkumpul. Oleh itu pengagihan bantuan kepada golongan sasar @ asnaf kali ini lebih berbentuk penyerahan wang tunai.
Kami kongsikan video ringkas aktiviti penyerahan tersebut untuk tatapan sahabat-sahabat semua.
Untuk info sahabat-sahabat, tindakan selanjutnya, kami MCG sedang berusaha untuk mengagihkan sumbangan bantuan kebajikan KasihRamadan1443H kepada saudara-saudara kita di Palestine, Syria, Yaman, Kashmir dalam masa terdekat ini bagi mereka melakukan persiapan menghadapi ketibaan bulan Ramadan.
Untuk perkongsian dan kempen kutipan dana bantuan kebajikan Ramadan kali ini, sekali lagi kami ingin menarik perhatian sahabat-sahabat semua membantu saudara-saudara kita di Yaman melalui Misi #MCGKasihRamadan4Yemen.
Suatu ketika, diceritakan oleh Jubair bin Muth’im RA, kami bersama Rasulullah SAW dalam sebuah perjalanan antara Makkah dan Madinah. Saat itu Nabi SAW bersabda:
يُوشِكُ أَنْ يَطْلُعَ عَلَيْكُمْ أَهْلُ الْيَمَنِ ، كَأَنَّهَا قِطَعُ السَّحَابِ ، أَوْ قِطْعَةُ سَحَابٍ ، هُمْ خِيَارُ مَنْ فِي الأَرْض
“Hampir-hampir bangsa Yaman melebihi kalian. Mereka bak segumpal awan. Mereka adalah sebaik-baik penduduk bumi.”
- Imam Ahmad, Imam Bukhari, Imam Al-Baihaqi, dinilai shohih oleh Al-Albani.
Semak selengkapnya disini. Klik https://muslim.or.id/25221-keutamaan-negeri-yaman.html
Pergolakkan di Yaman tercetus bilamana Arab Saudi melancarkan serangan udara ke atas negara jiran mereka Yaman pada 25hb. Mac 2015. Tindakan ini menandakan permulaan campur tangan tentera yang diberi nama kod Operasi Ribut Tegas. Ianya berlaku ekoran permintaan daripada kerajaan Yaman yang dipimpin oleh Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi.
Permintaan itu disebabkan oleh serangan Houthis menguasai ibu negara Aden. Presiden Abd Rabbuh Mansur Hadi telah melarikan diri dari Aden ke Arab Saudi. Ekoran itu Arab Saudi mengetuai gabungan sembilan Negara Arab melancarkan serangan udara di Yaman terhadap Houthi dan pasukan yang setia kepada bekas Presiden Ali Abdullah Saleh, yang telah digulingkan dalam Kebangkitan Arab Spring 2011.
Semenjak berlaku krisis peperangan di Yaman ini, negara ini terjurus kepada menjadi negara termiskin di Timur Tengah.
Saudara-saudara kita di Yaman terutama kanak-kanak berdepan dengan berbagai ancaman berpunca dari kemiskinan, sistem pemerintahan yang buruk, persekitaran yang tidak stabil dan tidak sihat serta berlakunya penindasan ke atas hak asasi manusia yang berleluasa.
Keadaan ini telah menjurus kepada berlakunya:
- Kelaparan di mana harga makanan meningkat tinggi, kehilangan sumber pendapatan dan kurangnya bekalan makanan.
- Pencemaran air dan bekalan air bersih yang terbatas mengakibatkan wabak penyakit mudah merebak.
- Peningkatan masalah kesihatan dari hari ke hari secara tidak langsung bekalan perubatan dan kemudahan perubatan semakin berkurangan.
- Kekurangan kemudahan fasiliti pendidikan menyebabkan lebih 2 juta pelajar terjejas untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.
- Desakan mencari keselamatan dan punca rezeki baharu maka berlakulah penghijrahan yang menyebabkan penduduk Yaman menjadi pelarian di dalam negara sendiri.
Untuk info sahabat-sahabat, jika dibandingkan antara 3 negara ini, Yemen, Syria dan Palestine, jumlah terbesar yang menjadi mangsa kesusahan dan penderitaan akibat krisis peperangan ini adalah saudara-saudara kita di Yaman.
Alhamdulillah. Sejak tahun 2018, berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, kami MCG telah berusaha dan berjaya menganjurkan beberapa Misi Bantuan Kebajikan Untuk Saudara-Saudara Kita di Yaman. Misi Bantuan ini termasuk Misi Bantuan WinterAid4Yemen, Misi KasihRamadan4Yemen, Misi QurbanAqiqah4Yemen dan seumpamanya.
Insha’Allah, seperti Musim Ramadan tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini, kami MCG telah melancarkan Kempen Bantuan Kebajikan Kasih Ramadan Untuk Yaman @ #MCGKasihRamadan4Yemen bagi membantu saudara-saudara kita di Yaman melakukan persiapan menghadapi kedatangan bulan Ramadan disamping Kempen Kutipan Dana Ibadah Qurban untuk Raya Qurban nanti.
Kami kongsikan di sini kempen susulan yang kami usahakan bersama-sama PIC kami di Yaman bagi meringankan penderitaan saudara-saudara Yaman kita terutama dalam menghadapi ancaman musim sejuk yang bakal menjelma:
- Kempen Bantuan Kebajikan Foodpack @ Food Baskets Untuk Keluarga Anak Yatim, Ibu Tunggal, Asnaf, Golongan OKU. Tajaan RM100/sekeluarga.
- Kempen Tajaan Membantu Membangunkan Pendidikan Untuk Anak-Anak Yatim dan Asnaf Agar Mereka Terus Berpeluang Menimba Ilmu Walaupun Mereka Sedang Berada Dalam Krisis Peperangan. Tajaan RM150/seorang utk sebulan.
- Kempen Bantuan Set Pakaian Musim Sejuk Untuk Kanak-Kanak Yaman Bagi Membantu Mereka Menghadapi Cabaran Musim Sejuk. RM100/seorang.
- Kempen Tajaan Bantuan Kesihatan, Perubatan Dan Hygiene Kit Untuk Keluarga Anak Yatim, Syuhadah, Ibu Tunggal, Asnaf, Golongan OKU. Tajaan RM100/Lot.
- Kempen BaikPulih Rumah Keluarga Golongan Asnaf, Keluarga Anak Yatim, Ibu Tunggal, OKU dan Pelarian. Tajaan RM100/Lot.
- Kempen Projek Wakaf MCG AlQuran4Yemen. Tajaan RM50/Naskah.
Apapun, sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat adalah nadi kepada kejayaan usaha-usaha ini disamping keizinan dari Allah SWT. Lagi banyak kutipan dana terkumpul maka lagi ramai saudara-saudara Yaman kita akan mendapat bantuan. Insha’Allah.
Mohon kerjasama sahabat-sahabat panjangkan info kempen kami ini kepada sahabat-sahabay dan saudara mara, agar kempen ini dapat disebar dengan meluas.
Ayuh sahabat-sahabat, terus bersama-sama kami MCG bagi meneruskan kerjasama melalui konsep ta’awun dalam membantu ummah terutama membantu saudara-saudara kita di Yaman yang agak terpinggir dari perhatian dunia khususnya umat Islam.
Moga usaha-usaha ini menjadi asbab untuk kita terus bersama mendapat perlindungan Ilahi di dunia dan di Akhirat.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan menganugerahkan kesempatan buat kita semua untuk bertemu bulan Ramadan tahun ini serta dipimpin kita semua untuk mencapai kejayaan yang maksima dalam usaha kita membantu ummah.
Allahumma Aamiin.