MCG KASIH RAMADAN 4 KASHMIR
February 27, 2022MISI MCG CHARITY AID 4 TAWAU
March 18, 2022Assalamualaikum WBT sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT.
Seluruh Malaysia dikejutkan dengan khabar duka dari Terengganu dan Kelantan dengan bencana banjir besar di banyak kawasan utama yang melanda sejak 26hb. Februari yang lalu.
Antara kawasan yang terkesan akibat banjir di Terengganu termasuklah di Kampung Sekayu, ampung Padang Setar, Kampung Durian Bador, Kampung Lubuk Pait, Kampung Pelandan, Kampung Kemat dan beberapa lagi kawasan utama sekitar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Kelantan turut merekodkan kesan banjir yang terjejas teruk di beberapa kawasan seperti di sekitar Pasir Mas, Pasir Puteh, Kok Lanas dan beberapa lokasi utama lagi termasuklah sebahagian Kota Bharu.
Untuk info sahabat-sahabat, ahli penggerak MCG Ustaz Fadhil juga terlibat dan terkesan dengan bencana banjir yang melanda ini.
Rekod penduduk yang terjejas di sekitar Terengganu dianggarkan mencecah 6,500 orang manakala di Kelantan pula mencecah 7,500 orang. Angka ini dijangka terus meningkat memandangkan masih ramai yang belum direkodkan serta dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Banjir di Terengganu dan Kelantan kali ini adalah yang terbesar selepas tragedi banjir pada tahun 2014 yang lalu.
Banyak respon dari warga ‘otai’ tempatan terutamanya di sekitar Kuala Berang, Terengganu bahawa sepanjang hidup 70 tahun tidak pernah berlaku banjir sebesar kali ini hingga menenggelamkan banyak keseluruhan rumah, sekolah, masjid dan banyak lagi keperluan-keperluan lain.
Keperluan yang sangat diperlukan dengan segera adalah :
- Pek makanan kering/segera.
- Kit solat (telekung, kain pelekat, sejadah, buku fiqh ibadah masa bencana).
- Kit kebersihan (berus dan ubat gigi, sabun, tuala mandi).
- Bantuan kebajikan mangsa banjir (selimut, pelitup muka, ubat-ubatan asas)
Terima kasih kepada sahabat-sahabat dan semua penderma atas segala sokongan dan sumbangan dalam membantu kami membantu ummah.
Sama-sama kita berdoa moga Allah SWT melindungi kita semua dari diuji dengan ujian yang tidak mampu kita hadapi.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan menganugerahkan ketabahan dan kekuatan kepada saudara-saudara kita yang diuji ini.
Allahumma Aamiin.