SELAMAT HARI BAPA
June 19, 2022TABUNG KECEMASAN BANJIR DI BALING, KEDAH
July 5, 20221hb Julai 2022 bersamaa 1 Zulhijjah 1443H. Bulan Zulhijjah merupakan bulan yang terakhir di dalam 12 bulan Islam. Pada bulan ini, umat Islam akan merayakan AidilAdha atau Hari Nahar bagi mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dalam memenuhi perintah Allah SWT dengan ketakwaan yang tinggi.
Bersempena meraikan kedatangan bulan Zulhijjah ini, kami ingin kongsikan antara amalan bulan Zulhijjah yang boleh kita rebut dan manfaatkan bersama2.
Disini kami kongsikan antara Amalan Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Zulhijjah yang dipetik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk rujukan dan panduan sahabat2 :
https://www.facebook.com/MyJAKIMmalaysia/posts/412880230882953
*Berpuasa Bermula 1 Zulhijjah Sehingga 9 Zulhijjah*
Mafhumnya: “Rasulullah SAW biasanya berpuasa pada sembilan hari awal Zulhijjah, pada hari ‘Asyura (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya”
(Hadis riwayat Abu Daud)
*Memperbanyakkan Berzikir Kepada Allah SWT*
Disebutkan oleh Imam Bukhari :
Mafhumnya: “Ibnu ‘Abbas berkata, “Berzikirlah kamu kepada Allah pada hari-hari yang ditentukan iaitu 10 hari pertama Zulhijjah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Zulhijjah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun turut ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali juga bertakbir setelah solat sunat.”
*Memperbanyakkan Solat Sunat*
Solat adalah ibadat yang pertama sekali dihisab pada di Akhirat kelak secara tidak langsung ia menjadikan ibadat yang paling utama dan merupakan antara cara paling afdhal untuk taqarrub yakni mendekatkan diri kepada Allah SWT. Memandangkan sepuluh hari pertama bulan Zulhijjah ini merupakan hari2 yang mana amal ibadat padanya paling disukai Allah SWT, maka amalan Solat Sunat sayugia diperbanyakkan.
*Memperbanyakkan Berdoa*
Wukuf di Arafah jatuh pada hari ke-9 Zulhijjah dan amalan terbaik pada ketika itu adalah berdoa kepada Allah SWT. Ia merupakan salah satu waktu mustajab untuk berdoa dan paling dekat untuk dimakbulkan.
Perkara ini diriwayatkan di dalam beberapa hadis2 sahih antaranya:
“Sebaik-baik doa adalah doa di hari Arafah, dan sebaik-baik zikir yang aku ucapkan dan juga diucapkan para nabi sebelumku adalah,
“لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِير”.
(Tidak ada yang berhak disembah selain Allah yang satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).”
Hadis Diriwayatkan Oleh Al-Tirmizi
*Larangan Memotong Kuku dan Rambut Bagi Yang Melakukan Ibadah Qurban*
Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang mempunyai haiwan korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.”
(Hadis Riwayat Muslim, Hadis Sahih)
Selain ini, amalan2 sunat lain yang boleh dilakukan pada bulan Zulhijjah adalah memperbanyakkan Istighfar, Berselawat, Sedekah, Menghadiri Majlis Ilmu, Amar Ma’aruf Mahi Mungkar dan Membaca al-Quran.
Justeru, marilah kita bersama2 mengambil kesempatan yang ada untuk terus menerus istiqamah dalam meningkatkan amal ibadah dan amal kebajikan semata2 kerana Allah SWT.
Semoga Allah SWT menerima amal kita dan menganugerahkan kejayaan serta kebahagian kepada kita semua di dunia dan Akhirat.
Allahumma Aamiin.