BANTUAN KECEMASAN BANJIR DI ROHINGYA
June 6, 2022MARHABAN ZULHIJJAH 1443H
June 30, 2022Mengambil sempena hari ini hari yang dinobatkan sebagai Hari Bapa, kami Keluarga MCG ingin mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua insan yang bergelar Bapa.
Firman Allah SWT :
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.”
Surah al-Isra’, Ayat 23.
Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan ayah tidak terhitung banyaknya dan tidak mampu dibalas di dunia. Justeru, disamping Ibu, anak2 wajib memuliakan, menggembirakan dan meraikan Bapa.
Terima kasih atas segala pengorbananmu, wahai insan yang bergelar Bapa.
“Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga dan Kasihnya Ayah Sepanjang Masa”
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan memimpin serta menempatkan Ibu bapa kita dalam kalangan hamba2Nya yang mendapat keampunan dan keredhaanNya serta dianugerahkan mereka tempat yang paling tinggi di Jannah kelak.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا
Maksudnya:“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”
Allahumma Aamiin.