Selamat Menjawab Peperiksaan STAM dan SMA 2022 – Doakan Kejayaan Pelajar-Pelajar
January 17, 202360 HARI MENUJU RAMADAN AL-MUBARAK
January 21, 2023BERZIKIR JALAN PINTAS MERAIH BAHAGIA
Bagi perkongsian Jumaat kali ini, kami MCG ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit perbincangan bertajuk ‘Berzikir Jalan Pinta Meraih Bahagia’ yang ditulis oleh Dr. ‘Aidh al-Qarni dari Kitab “La Tahzan, Jangan Bersedih!”
Firman Allah SWT:
Maksudnya: “Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku.”
(Surah Al-Baqarah Ayat 152)
Keterangan :
1️⃣ Apa Itu Zikir?
🟢 Dari segi bahasa adalah mengingati manakala dari segi istilah bermaksud mengingati Allah SWT pada setiap masa dan tempat dengan cara yang diharuskan oleh syarak sama ada dalam bentuk ucapan, perbuatan atau dengan hati.
2️⃣ Mereka Yang Mengingati Allah SWT Sentiasa Bahagia Dan Tenteram
🟢 Dengan berzikir kepada Allah SWT, segala awan ketakutan, kegalauan, kecemasan dan kesedihan akan hilang. Bahkan segunung tumpukan beban hidup dan permasalahan hidup akan runtuh dengan sendirinya apabila kita berzikir kepadaNya.
3️⃣ Berzikir Satu Usaha Tingkatkan Keimanan Dan Ketakwaan
🟢 Firman Allah SWT:
Maksudnya: “(41) Wahai orang-orang yang beriman! Ingatlah kepada Allah, dengan mengingat (nama-Nya) sebanyak-banyaknya, (42) dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
(Surah Al-Ahzab ayat 41-42)
🟢 Dalam mengingati Allah SWT terkandung nilai2 tawakal, keyakinan penuh, kepasrahan dan kebergantungan sepenuhnya kepada Allah SWT.
4️⃣ Zikir Yang Seafdhalnya
🟢 Dari Jabir bin Abdullah RA katanya, Rasullullah SAW bersabda:
Maksudnya: Zikir yang paling afdal ialah لاإله إلا الله dan doa yang mulia ialah الحمدلله
(Hadis Riwayat Tirmizi)
🟢Terdapat banyak zikir lain yang boleh diamalkan namun berdasarkan hadis Rasulullah SAW seperti di atas, kalimah لاإله إلا الله adalah yang seafdhalnya .
Allah SWT sentiasa dekat ketika hambaNya berdoa kepadaNya, sentiasa mendengar ketika diminta dan sentiasa mengabulkan doa jika dipohon. Justeru, rendahkanlah hati dengan melazimi lidah kita memuji dan menyebut namaNya.
Semoga Allah SWT menjadikan kita hambaNya yang berbudi pekerti dan berakhlak mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu serta memberi keredhaan kepada kita di dunia dan Akhirat.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938