Wakaf Shelter

1
RM0.00 of RM1,000,000.00

Muslim Care Global(MCG) (PPM-025-10-14032018) telah bekerjasama dengan Rakan NGO kami di Turkiye, IHH untuk pembangunan Projek Wakaf MCG Shelter4Syria di Kem Pelarian Syria. Alhamdulillah. Dengan keizinan dari Allah swt, berkat sokongan dan sumbangan sahabat2 semua, telah berjalan dengan lancar.

Projek ini telah memulakan pembinaannya pada awal bulan Julai 2020 lalu. Perkembangan semasa yang kami terima dari Rakan NGO kami di Turki, IHH, sebanyak 116 unit Shelter telah siap dibina bagi menyediakan kemudahan kediaman utk saudara2 Pelarian Syria.

Maklumat lokasi dan jumlah yang telah berjaya dibina adalah seperti berikut :

1️⃣ Di Kefer Lousin Syria : 36 Unit Shelter.
2️⃣ Di Sarmada Syria : 84 Shelter.

Kedua2 lokasi ini terletak di Daerah Idlib, Syria.

Alhamdulillah. Info ini menceritakan dari 200 unit pertama MCG Shelter4Syria yang dirancang pembangunannya oleh MCG utk kediaman baru mengantikan kediaman khemah utk Pelarian Syria, *120 unit telah berjaya mendapatkan penajaan. Manakala 80 unit MCG Shelter4Syria masih melambai2 penaja dan ‘Pemiliknya’.*

Selepas siap 200 unit MCG Shelter4Syria pertama ini, Insya-Allah, kami akan menyambung untuk membangunkan 200 unit kedua.

Info berhubung Projek Wakaf MCG Shelter4Syria

1️⃣ Alhamdulillah. MOU antara MCG dan Rakan NGO kami di Turki IHH bagi tujuan membangunkan Shelter ini telah berjaya ditandatangani pada bulan Januari 2020 lalu. 

 

2️⃣ Antara persetujuan yang berjaya dicapai, utk peringkat 3-6 bulan pertama ini, MCG akan berusaha melaksanakan Kempen Kutipan Dana Utk Projek MCG Shelter4Syria bagi membantu membangunkan 200 buah Shelter yang bakal memberi manfaat kepada 200 keluarga Pelarian Syria. 

 

3️⃣ Kos bagi sebuah Shelter ini adalah RM2,000 sebuah yang bersaiz 6 meter X 4 meter. Kami juga membuka peluang kepada Sahabat2 Penderma utk menyumbang bagi membantu membangun kemudahan2 awam seperti Masjid, Sekolah, Dewan Serbaguna dan seumpamanya utk memberi kemudahan kepada saudara2 Syria kita terutama golongan kanak2, OKU dan Warga Emas.

 

4️⃣ Lokasi Pembinaan 200 Unit Shelter ini akan dibina di satu lokasi yang berada di dalam daerah Idlib Syria yang mana kawasan ini telah diisytiharkan sebagai Zon Hijau @ Selamat.

 

5️⃣ Memandangkan krisis di Bumi Syria ini tidak ada menunjukkan tanda2 akan tamat dan penghijrahan jumlah puluhan ribuan pelarian Syria dari masa ke semasa ke kawasan terbabit, jumlah Shelter yang kami usahakan ini amatlah kecil.

 

6️⃣ Apapun ini adalah usaha awal yang kami MCG usahakan yang mempunyai matlamat utk  membangunkannya lagi dari satu fasa ke satu fasa. Setiap fasa berjumlah 200 unit Shelter.

 

7️⃣ Disamping membantu menyediakan keperluan kediaman yang selamat, fasa pertama ini juga berperanan sebagai media promosi utk mengajak lebih ramai lagi masyarakat dan pimpinan Islam utk tampil membantu menjayakan Projek MCG Shelter4Syria ini.

 

8️⃣ Manfaat yang bakal hadir hasil Projek MCG Shelter4Syria ini, ianya bukan sekadar dapat menyediakan tempat kediaman utk Pelarian2 Syria, malahan ianya akan membuka peluang pekerjaan dan pembangunan ekonomi utk Pelarian2 Syria yang terlibat di mana persediaan bahan dan kerja2 binaan akan dilakukan dikalangan Pelarian Syria sendiri dengan dipimpin oleh tenaga mahir yang dilantik. Insha’Allah.

Ayuh sahabat2, menyumbanglah :

 

1️⃣ RM2,000 utk satu unit Shelter 6 X 4 meter,

atau

2️⃣ Pakat bersama2 20 orang ahli keluarga dan sahabat2, seorang menyumbang RM100 utk mewakafkan sebuah Shelter secara bersama,

atau

3️⃣ Lancarkan kutipan dana utk Projek MCG Shelter4Syria ini di Pejabat2, Sekolah2, Syarikat2 atau seumpamanya, 2,000 orang cuma menyumbang RM1 sahaja.

Insha’Allah. Sumbangan RM1 inilah yang akan membantu saudara2 Syria kita ini tersenyum dan kita pula mendapat saham yang besar di sana nanti.

Terima kasih diucapkan kepada sahabat2 penderma semua atas sokongan dan sumbangan yang telah diberi.

Kami doakan semoga Allah swt sentiasa merahmati dan membalas segala keikhlasan sahabat2 semua dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat. Semoga kerjasama atas dasar ta’awun ini akan menjadi hujjah kepada kita semua utk beroleh perlindungan dan keredhaan Allah swt di sana nanti.

Allahumma Aamiin.