Sejak Oktober 2023, saudara kita di Gaza terus dihujani serangan tanpa henti. Mereka juga telah kehilangan ramai insan tersayang, keluarga dan tempat tinggal. Malahan tempat yang diistilahkan sebagai tempat perlindungan juga diserang tanpa belas kasihan.
Bukan sahaja kita sebagai umat Islam yang terasa sangat terkesan dengan nasib yang menimpa mereka, malahan kini, seluruh dunia mula sedar akan nasib yang menimpa mereka. Kita mungkin tiada kuasa untuk menghentikan kekejaman itu, tetapi setiap usaha walau satu pengkongsian penghantaran dan usaha mem’boikot’ produk yang menyokong kekejaman itu, InsyaAllah akan dihitung diakhirat kelak.
Palestine akan kembali berjaya, dengan atau tanpa kita. Namun, betapa menyedihkan jika kita tidak menjadi sebahagian dari kejayaan itu.
Walau amat kecil kesan dari sumbangan kita, itu semua tidak penting. setiap usaha akan menjadi sedikit jejak kepedulian kita terhadap Palestine.
Saudara kita di Palestine yang sentiasa ditindas daripada pelbagai sudut antaranya dari segi ekonomi sehingga sukar untuk mencari rezeki. Mereka yang telah menjadi pelarian di negara sendiri kerana rumah serta harta mereka telah dirampas dengan kejam.
Muslim Care Global (MCG) memerlukan bantuan untuk menyalurkan bantuan untuk mereka di Palestine. Kita salurkan pelbagai bantuan untuk saudara kita yang tidak pernah berhenti berjihad dalam mempertahankan negara dan agama.
Seperti kami maklumkan sebelum ini, saudara Palestine kita terutama di Semenanjung Gaza sentiasa diuji hebat dengan tiga serangkai ujian yang bertimpa-timpa.
Ujian tersebut adalah :
1️⃣ Bila-bila masa sahaja Bumi Gaza akan dibedil oleh Rejim Zionis Laknatullah. Seperti berita yang kami kongsikan ini, mereka dibedil lagi.
2️⃣ Dalam keadaan mereka dibedil, dikepung, mereka berdepan pula dengan ujian tekanan ekonomi yang telah menyekat sumber pendapatan mereka.
3️⃣ Menghadapi kehidupan mereka dalam keadaan bekalan elektrik dari satu-satu stesen janakuasa di Gaza yang sering dicatu dan tidak dapat beroperasi sepenuhnya akibat kekurangan bekalan bahan bakar yang menyebabkan keperluan asas mereka terjejas teruk.
Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua serta komitmen MCG dalam membantu saudara-saudara kita di Palestine, Rakan NGO kami di Gaza telah memberi kepercayaan kepada kami secara terus menerus untuk menganjurkan Kempen Kutipan Dana Kebajikan bagi meringankan kesusahan dan kesempitan hidup saudara-saudara kita di Gaza Palestine.
1️⃣ Kempen MCG Bantuan Kebajikan Untuk Gaza @ MCGAid4Gaza. Tajaan RM100/lot.
2️⃣ Kempen MCG Bantuan Vegetable Baskets Untuk Gaza. Tajaan RM100/sekeluarga.
3️⃣ Projek Wakaf MCG Membangunkan Perigi Air Bersih @ Tubewell4Gaza. Tajaan RM100/lot
4️⃣ Kempen Wakaf Al-Quran4Ummah. Tajaan RM50/senaskah.
5️⃣ Kempen Misi MCG Qurban4Palestine. Tajaan 1 bahagian lembu RM1900 @ seekor kambing RM1900 @ infaq Qurban RM100/1 lot.
6️⃣ Kempen Tajaan Membantu Membangunkan Pendidikan Untuk Anak-Anak Syuhadah, Yatim Dan Miskin Termasuk Penajaan Pendidikan Untuk Mahasiswa di Universiti Gaza agar mereka terus berpeluang menimba ilmu walaupun mereka dikepung kezaliman. Tajaan RM150/seorang untuk sebulan.
7️⃣ Kempen Tajaan Bantuan Kesihatan, Perubatan, Hygiene Kit Dan Tabung Bantuan Covid-19. Tajaan RM100/lot.
8️⃣ Kempen BaikPulih Rumah. Tajaan RM100/lot.
9️⃣ Projek Terbaru MCG Di Gaza Membantu Membangunkan Semula Masjid Bilal Al-Rabah Di Gaza.
Kempen yang sama juga kami anjurkan untuk membantu saudara-saudara kita di Syria, Yemen, Kashmir serta beberapa negara yang mengalami krisis dan nasib yang sama. Insha’Allah.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang dan menjayakan Misi MCG ini, bolehlah menyalurkan sumbangan sahabat-sahabat kepada mereka.
Moga Allah SWT menurunkan bantuanNya untuk melindungi saudara-saudara Palestine kita di Gaza dan membebaskan Palestine serta Bumi Syam dari cengkaman Zionis Laknatullah dan sekutu mereka dengan kadar segera.
Moga Allah SWT sentiasa merahmati dan membalas segala sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat dengan ganjaran yang lumayan di dunia dan di Akhirat.Insha’Allah
Allahumma Aamiin.
Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global @ MCG) berdaftar dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 Mac 2018 (PPM-025-10-14032018).
© 2023 Muslim Care Global