MCG Aid4Gaza: Membantu Saudara-saudara Kita di Gaza
October 25, 2023Misi MCG + YUMP – Kembara Eksplorasi Asean @ Tay Ninh, Vietnam
October 27, 2023Galakkan Melaksanakan Solat Witir
Ayuh Hiasi Hari Jumaat Ini Dengan Amalan Berselawat Dan Bersedekah
MISI MCG AID4GAZA MENYANTUNI SAUDARA PALESTINE KITA DI SEMENANJUNG GAZA
Ayuh Bersama Kami MCG Kita Utuskan Doa Buat Saudara-saudara Kita Di Gaza Palestine
اللهم صلى على سيدنا محمد
Salam Sayyidul Ayyam diucapkan kepada sahabat-sahabat semua yang dirahmati Allah SWT.
Hari Jumaat menjelma lagi. Di kesempatan kita berada pada hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan hari ini, mari kita sama-sama memperbanyakkan Selawat dan Salam Ke Atas Junjungan Agung Nabi Muhammad SAW.
Bagi perkongsian Jumaat kali ini, kami MCG ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sedikit perbincangan bertajuk Galakkan Melaksanakan Solat Witir yang diterjemah oleh M. Abdai Rathomy dari Kitab “Riyadhus Shalihin Imam Nawawi”
GALAKKAN MELAKSANAKAN SOLAT WITIR
Daripada Abu Said al-Khudri RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Berwitirlah engkau semua sebelum engkau semua berpagi-pagi – yakni sebelum terbitnya fajar sadik.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Keterangan :
Antara Sunnah Rasulullah SAW
Daripada Aisyah RAnha, katanya:
“Dari seluruh malam itu Rasulullah SAW sungguh-sungguh telah melakukan witir – yakni waktu berwitir Baginda tidak tertentu waktunya, yaitu di permulaan malam, di pertengahan malam, di akhir malam dan berakhirlah waktu witir Baginda itu sampai waktu sahur- hampir menyingsingnya fajar sadik.”
(Hadis Riwayat Muttafaq ‘Alaih)
Disukai Allah SWT
Daripada Ali bin Abi Thalib, bahwa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu ganjil dan menyukai orang-orang yang melakukan solat Witir, maka solat Witirlah, wahai para ahli Alquran.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Disaksikan Para Malaikat
Daripada Jabir RA, katanya: “Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang takut kalau tidak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di permulaan dan barangsiapa lupa hendak bangun di akhir malam, maka hendaklah berwitir di akhir malam, kerana sesungguhnya solat akhir malam itu disaksikan oleh para malaikat dan yang sedemikian itulah yang lebih utama.”
(Hadis Riwayat Muslim)
Penyempurna Solat Malam
Daripada Ibnu Umar RAnhuma, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Jadikanlah solat witir itu sebagai akhir solatmu di waktu malam.”
(Hadis Riwayat Muttafaq ‘Alaih)
Semoga Allah SWT menjadikan kita semua seorang muslim yang berbudi pekerti & berakhlak mulia dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik dan mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu serta memberi keredhaan kepada kita di dunia dan Akhirat.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Muslim Care Global)
012-6935938
NOTA UTK PENDERMA
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang utk mana-mana Misi MCG, boleh salurkan sumbangan sahabat-sahabat melalui akaun kami seperti berikut :
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 – 8967