KEM SMART IBADAH MCG BERSAMA KANAK2 DI TUARAN, SABAH
January 27, 202350 HARI MENUJU RAMADAN AL-MUBARAK
January 31, 2023PROJEK WAKAF MCG PEMBINAAN KOMPLEKS MASJID AL-QUDDUS PHNOM PENH AMAT MEMERLUKAN PERHATIAN DAN SUMBANGAN UMMAH
Ayuh Bersama MCG Menjadi Pewakaf Dan Pengasas Membangunkan Mercu Tanda Islam Di Rantau IndoChina
RM1Juta Kos Semasa Diperlukan Utk Pembinaan Fasa 3 Kompleks Masjid Al-Quddus Phnom Penh
Video Progress Pembinaan Utk Fasa 1A.
Video Progress Pembinaan Utk Fasa 2.
https://fb.watch/hAeknNWU71/?mibextid=v7YzmG
Video Promosi Kempen Kutipan Dana Projek MCG Wakaf4Ummah Pembangunan Kompleks Masjid Al-Quddus Phnom Penh Cambodia
https://fb.watch/cgxGoZT-cE/?mibextid=H6v3FD
Assalamu’alaikum wbt sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt.
Alhamdulillah. Berkat sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua, progress semasa projek ini sedang giat menyiapkan kerja-kerja Fasa 2 dan sedang memasuki kerja2 Fasa 3 bagi membina struktur lantai Aras Tingkat 1, Kompleks Masjid Al-Quddus, Phnom Penh.
Kami kongsikan di sini, video progress semasa pembinaan masjid ini di tapak binaan utk rujukan dan tindakan sahabat-sahabat semua.
Saya secara peribadi selaku Setiausaha Agung MCG merangkap Design Architect utk masjid ini merasa amat2 bersyukur atas perkembangan semasa Pembangunan Masjid Al-Quddus, Phnom Penh ini yang mana idea pembangunan ini telah mula mendapat perhatian dari masyarakat dunia.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat penderma semua atas sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua. Tanpa sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat penderma semua, pembangunan ini tidak akan berjaya pergi sampai ke tahap ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Sesungguhnya antara amal kebaikan yang mendatangkan pahala setelah orang yang melakukannya meninggal dunia ialah ilmu yang disebarluaskannya, anak soleh yang ditinggalkannya, mushaf (kitab-kitab keagamaan) yang diwariskannya, masjid yang dibina, rumah yang dibina untuk penginapan orang yang sedang dalam perjalanan, sungai yang dialirkannya untuk kepentingan orang ramai dan harta yang disedekahkannya.”
(Riwayat Ibn Majah)
Ayuh sahabat-sahabat terus bersama-sama kami MCG menjadi Pewakaf dan Pengasas membangunkan Mercu Tanda Islam di rantau IndoChina. Insha’Allah.
Kejayaan membangunkan kompleks ini akan buka ruang @ peluang:
- Perkembangan Syiar Islam,
- Kemudahan Beribadah,
- Pusat Kesatuan Ummah,
- Pusat Pendidikan,
- Pusat Ekonomi,
- Pusat Dakwah Islamiah
- Media Ketengahkan Isu Al-Quds Di Rantau IndoChina.
Insha’Alah.
Seperti biasa, sokongan dan sumbangan sahabat-sahabat semua amat-amat diperlukan bagi membantu menjayakan Projek MCG Wakaf4Ummah ini. Seperti yang kami nyatakan di atas, kejayaan projek ini amat besar manfaat dan impaknya dalam membangunkan Syiar Islam di Cambodia dan di negara-negara di rantau Indo-Cina.
Disamping itu, Projek ini juga merupakan salah satu usaha yang dilakukan oleh MCG untuk ketengahkan isu Bumi Sham terutama Bumi Al-Quds kepada Masyarakat Global.
Alhamdulillah. Hasrat kami ini telah berjaya menarik minat beberapa NGO di negara luar dimana kami telah diundang untuk melakukan ‘presentation’ projek ini kepada mereka untuk tujuan kerjasama bagi menjayakan projek ini.
Kepada sahabat-sahabat yang ingin menyumbang bagi menjayakan projek ini disamping memburu kelebihan sepertimana yang dijanjikan dalam hadith Nabi SAW di atas, boleh salurkan sumbangan melalui akaun MCG yang tertera di bawah nota ini dan juga di poster yang kami sertakan.
Setiap sumbangan mohon sharekan info sumbangan kepada kami disamping nyatakan sumbangan tersebut utk #MCGMasjid4Cambodia.
Segala perhatian dan sumbangan sahabat-sahabat semua didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah SWT membalasnya dengan ganjaran yang lumayan baik di dunia mahupun di Akhirat.
Aamiin Allahumma Aamiin.
Info Hubungi :
Setiausaha Agung MCG,
(Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938
NOTA UTK PENDERMA:
Sahabat-sahabat yang ingin menyumbang untuk Projek MCG Wakaf4Ummah @ MCG Masjid4Cambodia @ Masjid4Ummah, boleh salurkan sumbangan melalui akaun kami seperti berikut:
PERTUBUHAN PENCINTA MUSLIM SEDUNIA (MUSLIM CARE GLOBAL)
RHB BANK : 2-12523-6001152-6
MAYBANK : 5624-7816 – 8967
Disamping itu, mohon maklumkan info sumbangan melalui WhatsApp kepada nombor telefon yang disertakan untuk tindakan kami selanjutnya:
Hj. Zakaria : 012 – 693 5938 / http://wasap.my/+60126935938