SELAMAT HARI KANSER SEDUNIA DARIPADA KAMI MCG
February 4, 2024PERINGATAN LARANGAN MENYAMBUT HARI KEKASIH
February 13, 2024MCG SOKONG HIMPUNAN SELAMATKAN SYARIAH 09022024 DAN SERUAN TUNAIKAN SOLAT HAJAT
Ayuh Bersama-sama Kita Memelihara Kesucian Islam Di Negara Kita
Assalamualaikum WBT Sahabat-Sahabat Yang Dikasihi Allah SWT. Salam Rejab.
APA BERLAKU PADA 9HB. FEBRUARI INI?
Jumaat, 9hb. Februari 2024, tarikh penting buat kita umat Islam di Malaysia kerana keputusan bagi permohonan Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Abdul Rahman yang mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.
Nik Elin dan anaknya dahulu telah memfailkan petisyen bagi mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 Seksyen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kelantan membabitkan kes sumbang mahram, perjudian, liwat, gangguan seksual dan banyak lagi adalah terbatal dan tidak sah kerana sudah diliputi oleh undang-undang di peringkat Persekutuan.
APA JADI KALAU KITA KALAH?
Agama Islam adalah agama persekututan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Negara telah menjadi bukti Malaysia memberi ruang yang besar kepada syariat dan undang-Undang Allah SWT bagi diperkasakan dan dilaksanakan khasnya bagi mereka yang beragama Islam.
Sebelum merdeka lagi, kesalahan jenayah syariah adalah dikuatkuasakan bagi umat Islam dan British juga tidak berani menyentuhnya. Tetapi Mutakhir ini, langkah untuk mencabar kedudukan dan keabsahan Undang-Undang Syariah telah dilakukan. 9hb. ini menjadi tarikh yang akan menentukan sama ada jenayah syariah akan terus jatuh atau kekal.
Jika kita kalah, kita tiada pilihan untuk pinda perlembagaan. Bagi setiap muslim, "our way of life" akan berubah selamanya selamanya jika kita kalah dan berdiam diri. Agama akan menjadi seperti di dunia barat di mana agama Islam akan menjadi urusan peribadi. Jika seorang muslim meminum arak, berzina, berjudi, tidah berpuasa dan sebagainya akan menjadi urusan masing-masing.
Kerajaan negeri juga tidak lagi akan mempunyai kuasa menggubal kesalahan jenayah syariah untuk muslim di negeri-negeri. Kuasa Raja-Raja sebagai ketua agama bagi negeri masing-masing untuk mencorakkan nilai budaya muslim juga akan selama-lamanya terkikis.
Jika kita menerima keputusan kekalahan tanpa bantahan sebenarnya tiada siapa yang dapat mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri. Firman Allah:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah Ar-Ra'd ayat 11)
Dikesempatan ini, kami Pengerusi, Penggerak dan Sukarelawan MCG ingin mengajak sahabat-sahabat untuk bersama-sama bangkit menuntut supaya kuasa menggubal kesalahan jenayah syariah negeri-negeri dan raja-raja dikembalikan.
MCG juga ingin mengajak sahabat-sahabat untuk bersama-sama menunaikan solat hajat samada secara beramai-ramai atau sendirian pada:
Hari : Khamis
Tarikh : 8hb Februari 2024
Masa : 8.00 - 9.00 malam
Secara : Berjemaah atau Sendirian di tempat masing-masing.
Semoga Allah SWT menyelamatkan serta melindungi agama Islam dan Undang-Undang Syariah khususnya di muka bumi Malaysia
Menjaga dan mempertahankan agama Islam adalah turutan pertama dalam tertib Maqasid Syariah, mendahului kewajipan menjaga nyawa, akal, keturunan, maruah dan harta. Usaha bagi memartabatkan undang-undang syariah merupakan tanggungjawab semua pihak.
Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi kita, umat Islam daripada sebarang bahaya yang membawa kepada keruntuhan akidah. Moga Allah SWT memimpin kita menjadi ummah yang kuat dalam mempertahankan agama Islam.
Allahumma Aamiin.
Setiausaha Agung,
MCG (Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia @ Muslim Care Global)
012-6935938