Qurban & Aqiqah 1445H

Sambil Melaksanakan Ibadah Qurban, Sambil Kita Bantu Saudara2 Kita Yang Sedang Dilanda Kesusahan

Ibadah Qurban iaitu penyembelihan haiwan ternakan seperti Lembu, kambing serta kerbau yang dilaksanakan pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

Hikmah di sebalik pensyariatan ibadah qurban ialah tanda kesyukuran kepada Allah SWT dan ia juga boleh menghapuskan dosa-dosa kecil serta ibadah ini sedikit sebanyak boleh meringankan beban orang yang dalam kesempitan.

“Tidak ada amalan anak Adam daripada amal di hari Raya Udhiyah yang lebih disukai oleh Allah daripada mengalirkan darah binatang qurban. Sesungguhnya ianya akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya dan rambutnya serta kuku-kukunya dan sesungguhnya darah qurban akan diterima oleh Allah sebelum daripada menitisnya darah qurban di bumi.” (Diriwayatkan oleh At Tarmidzi)

Oleh itu, menunaikan ibadah qurban adalah sunat muakad yang boleh dilaksanakan oleh umat islam yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud; “Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhan mu semata-mata dan sembelihlah qurban (sebagai bersyukur).” (Surah Al Kauthar: Ayat 2)

Alhamdulillah, Misi Muslim Care Global(MCG) (PPM-025-10-14032018) Ibadah Qurban dan Aqiqah Untuk Ummah 1445H bakal dianjurkan di hampir 30 buah negara @ lokasi termasuk negara kita, Malaysia.

Ayuh kita kongsikan rezeki dan kegembiraan kita bersama saudara walau dimana mereka berada.

Seperti tahun2 sebelumnya, Misi #MCGQurban4Ummah tahun ini akan disasarkan di lokasi2 yang terpilih atas tujuan tuntutan semasa yang mendesak seperti di:

1️⃣ Palestine, Syria, Yemen, Kashmir Pakistan, Afghanistan, Sudan 

 Lokasi2 ini menjadi pilihan utama kerana di sana saudara-saudara kita diuji dengan krisis kezaliman, peperangan, pergolakan dalam negara dan seumpamanya.

2️⃣ Cameron, Chad, Comoros, Gambia, Ivory Coast, Niger, Nigeria, Somalia, Sudan, Uganda, Burkina Faso, Madagascar 

Di lokasi2 ini menuntut agar saudara2 kita dibantu atas sebab mereka diuji dengan kesusahan, kemiskinan dan kelaparan.

3️⃣ India, Bangladesh (Rohingya), Myanmar (Rohingya), Kemboja, Vietnam, Sri Lanka 

Saudara2 kita di lokasi ini, hidup sebagai golongan minoriti disamping hidup dalam keadaan memerlukan sokongan Pendidikan Islam, diuji dengan kesusahan, kedhaifan dan kemiskinan.

4️⃣ Belarus, Bosnia, France, Poland Dan New Zealand 

Saudara2 kita di lokasi2 ini, terdiri dari golongan minoriti yang perlu dibantu bagi menghidupkan tuntutan Syiar Islam dan ianya akan menjadikan medium utk menyatukan masyarakat Islam.

5️⃣ Malaysia & Indonesia 

Di negara Malaysia dan Indonesia, kita tumpukan di  lokasi2 terpilih yang memerlukan bantuan sumbangan Qurban disebabkan kemiskinan dan kesempitan hidup akibat tekanan ekonomi semasa dan bencana yang menimpa.

Berikut Adalah Info Kos Penyertaan
Misi Ibadah Qurban Dan Aqiqah MCG Untuk Tahun 1445H

Bagi mengetahui lebih lanjut menganai kos penyertaan bagi setiap pakej yang dianjurkan melalui Misi Ibadah Qurban dan Aqiqah MCG bagi tahun 1445H, sahabat-sahabat boleh merujuk poster yang tertera di atas.

Memandangkan Misi Ibadah Qurban yang kami usahakan di merata pelusuk dunia dan setiap negara2 yang terlibat berdepan dengan cabaran tersendiri, pengesahan penyertaan awal amat2 dialu-alukan dan dihargai bagi mengelakkan berlakunya kenaikan harga ternakan di saat2 akhir tibanya Hari Raya Edul Adha.

Tarikh Tutup Penyertaan : 10 Hari Sebelum Hari Raya Edul Adha @ 7hb. Jun 2024

Sijil Penyertaan Digital Akan Kami Serahkan Atas Permintaan Peserta Misi Ibadah Qurban dan Aqiqah MCG. Insha’Allah.