Seringkali kali kita boros dalam membelanjakan rezeki dengan perkara yang tidak bermanfaat.
Dan sering melupakan perkara yang mampu memberikan keuntungan yang besar terutamanya untuk ke Akhirat kelak.
Orang yang sanggup mengeluarkan hartanya dalam keadaan susah ataupun senang sesungguhnya mereka mempunyai ketinggian darjat di sisi Allah SWT.
Saat kita terlalu sibuk menyimpan dan menghimpun harta untuk masa depan atau masa tua, kita seringkali TERLUPA bahawa masa depan kita yang sebenarnya ialah Akhirat yang kekal abadi
(Habib Ali Zaenal Abidin)
Al Quran telah menjadi panduan utama kepada ilmu pengetahuan kita sejak dahulu. Kalam suci ini telah menjadi harta yang tidak ternilai bagi umat Islam seluruh dunia.
Namun tidak semua mampu untuk memiliki kalam ini.
Muslim Care Global (MCG) (PPM-025-10-14032018) sangat mengalu-alukan sahabat-sahabat semua untuk sama-sama kita bantu saudara-saudara kita di serata dunia untuk memiliki kalam suci ini.
Tak rugi hari ini kita wakafkan kalam suci Allah ini kepada mereka kerana di akhirat kelak kita akan berbahagia dengan pahala yang sentiasa mengalir buat kita sekeluarga.
KEISTIMEWAAN BERWAKAF:
Pahala waqaf Al-Quran
Pahala bagi setiap huruf yang dibaca
Pahala bagi ilmu yang diamalkan hasil daripada bacaan Al-Quran
Projek Wakaf MCG AlQuran4Ummah akan membekal dan mengagihkan Al Quran kepada saudara-saudara kita di Gaza Palestin 🇵🇸, Thailand 🇹🇭, Cambodia 🇰🇭, Indonesia 🇮🇩, India 🇮🇳, Kashmir Pakistan 🇵🇰, Bangladesh (Rohingya)🇧🇩, Myanmar (Rohingya)🇲🇲, South Korea 🇰🇷, Syria 🇸🇾, Yemen 🇾🇪, Sudan 🇸🇩, Uganda 🇺🇬, Chad 🇹🇩, Comoros 🇰🇲, Nigeria 🇳🇬, Gambia 🇬🇲, Madagascar 🇲🇬, Turkey 🇹🇷, Bosnia 🇧🇦, Belarus 🇧🇾 dan New Zealand 🇳🇿.
Agihan Naskah Al-Quran dari *Projek Wakaf MCG Al-Quran4Ummah* ini juga telah dan sedang diusahakan bagi diagihkan di negara kita sendiri Malaysia 🇲🇾
Jangan dilihat apa yang didalam poket kita, tapi lihatlah kemampuan Allah SWT untuk membalas setiap sumbangan wakaf ini.Wakaf ini mampu membantu mereka untuk belajar dan mendalami Al Quran.
Ayuh kita kongsikan rezeki kita bersama mereka. Semoga pahala wakaf Al-Quran ini dapat membantu kita di Akhirat kelak. Insha’Allah.
Pertubuhan Pencinta Muslim Sedunia (Muslim Care Global @ MCG) berdaftar dibawah Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia pada 14 Mac 2018 (PPM-025-10-14032018).
© 2023 Muslim Care Global